HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 26 (Wordless Wednesday) Nephelium lappaceum


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Duyung Memang Wujud?

Assalamualaikum, beberapa hari dahulu, saya telah dipertontonkan dengan satu video bagaimana dikatakan duyung itu wujud. Namun, apabila melihatnya sendiri, tahulah saya bahawa Allah itu maha berkuasa dan mampu melakukan dengan apa sahaja kehendakNya. Jadi saya kongsikan mengenai kewujudan duyung ini yang telah pun hidup lebih daripada 10 tahun sebelum kematian pada tahun yang ke sepuluh. Inilah kehidupan sebenarnya yang amat sukar dan sangat jarang boleh berlaku bagi yang dilahirkan seperti ini.

Para pembaca sekalian, perkongsian ini memberikan pelbagai pengajaran kepada kita sebagai manusia biasa untuk hidup di atas bumi Allah ini. Antara pengajaran yang saya dapat apabila melihat kejadian seperti ini :-

  • Hidup ini punyai ujian, dan semuanya ada rahsia di sebalik kejadiannya. (Punca Kejadian)
  • Bagaimana sesorang itu boleh hadapi ujian sebegitu jauh dengan serba kekurangan? (Semangat)
  • Bersyukur dan sentiasa memperbaiki diri. 
  • Tiada yang mustahil bagi Allah.

Jadi, para pembaca bolehlah saksikan sendiri bagaimanakah keadaan sebegitu yang tidak sempurna untuk seorang manusia boleh hidup sehingga 10 tahun. Bayangkan beliau mempunyai satu buah pinggang, tiada organ kemaluan, mempunyai usus yang sangat pendek dan hanya mempunyai satu kaki. Walaubagaimana pun beliau masih mampu untuk bermain dan menyertai aktiviti tarian dalam hidupnya. Tetapi, sejauh mana kita tahu apakah kesan yang bakal dilalui zuriat kita daripada tindakan kita sendiri? Adakah akan menjadi punca menyumbang kepada kelahiran manusia duyung seperti ini?



Tahukah anda, bahawa ini adalah satu penyakit yang dinamakan Senomelia atau pun Sindrom Duyung dimana boleh terjadi dengan nisbah lelaki paling tinggi 2.7 : 1. Dan boleh terjadi di dunia dalam kelahiran dalam nisbah 1.5-4.2 : 100,000 kelahiran. Kebanyakkannya akan meninggal dunia selepas kelahiran selepas mati atau pun sejurus dilahirkan. Dan antara kes yang dilaporkan adalah kerana kesan daripada penggunaan tembakau.

Bagaimana Sindrom ini boleh dipulihkan.

Jadi, saksikanlah bagaimana seorang yang bernama Shiloh Pepin (1999 - 2009) antara yang paling lama hidup dengan terpaksa menghidapi penyakit Sindrom Duyung ini selama 10 tahun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sindrom ini, Sila lihat antara kajian mengenainya di Kajian Sindrom Duyung, Jurnal Sindrom Senomelia, Jurnal Perinatologi, dan Jurnal Medical Case. Boleh juga lihat Dokumentari Mermaid Syndrom.

Contoh kelahiran Sindrom Senomelia.



Saksikanlah antara manusia yang paling lama dengan meghidapi sindrom senomelia iaitu Shiloh Pepin (1999-2009).


Antara video perkongsian kehidupan beliau sebelum kematiannya pada umur ke 10 tahun.


Semoga kita yang sempurna ini dapat menjadikan ini sebagai satu dorongan untuk kita terus berusaha untuk mencapai sesuatu. Ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita mampu pergi lebih jauh dengan usaha yang kita lakukan. Insya-Allah.
Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 25 (Wordless Wednesday) Cynometra cauliflora


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Twitter? Ini Fakta Untuk Anda

Assalamualaikum semua, Apa benda Twitter ni? anda ada? Mungkin ada, atau pun tidak ada. Jika ada pun, mungkin aktif, atau mungkin juga tidak. Saya di sini mahu kongsikan sahaja apakah faktanya si Twitter ni. Nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi, inilah hasilnya. Mungkin juga anda penyumbang atau pun tidak, sekadar informasi sahaja. Sejauh mana statistik pengguna twitter ini menyumbang kepada peratusan berikut? Ini adalah hasil daripada statistik yang diperolehi.





Aktiviti peribadi adalah yang tertinggi 72%.
Aktiviti pekerjaan 62%.
Berkongsi URL/Link 55% 
Berkongsi pandangan umum 54%
Retweet semula 53%.
Pesanan mesej 52%,
Berkongsi gambar 40%
Berkongsi Video 28%
Tweet lokasi 24% 


Apa pun, manfaatkan teknologi yang ada untuk kemudahan hidup kita. Insya-Allah, segalanya akan baik dan memberikan manfaat kepada kita jika kena pada caranya.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang