HALAMAN UTAMA

Perbandingan Agama? Mana nak dengar?

Assalamualaikum, hari ini, saya ingin berkongsikan suatu perkara yang mungkin sering diperkatakan oleh orang-orang bukan Islam dan juga orang-orang Islam. Mengenai perbandingan agama. Saya terdapat beberapa rakaman perbincangan yang boleh kita jadikan sebagai sumber ilmu pengetahuan daripada penceramah yang mahir dalam sesuatu perkara berkaitan dengan agama. Mungkin lebih banyak sumbernya di luar sana. Tetapi, saya ingin berkongsikan apa yang saya ada dan apa yang telah saya dengari mengenai apa yang sering dibincangakan oleh wakil-wakil agama dalam forum-forum, ceramah-ceramah dan juga perbincangan daripada sudut agama-agama yang berkaitan.

Antara tajuk yang diperbincangankan adalah seperti Sains Moden Mengikut Perspektif Agama, Kepercayaan Agama Mengikut Kitab Suci dan sebagainya yang berkaitan agama seperti Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha. Perbincangan ini antara adalah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai sesuatu agama dan juga mencari apakah yang sebenarnya diajarkan dalam agama tersebut. Kefahaman dalam memahami perbincangan ini akan dapat membawa kita ke jalan yang lebih pasti dengan keyakinan dalam hujah-hujah dan pembuktian yang diberikan.

Oleh yang demikian, saya kongsikan perbincangan-perbincangan yang saya ada dengan anda semua. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan faedah yang sangat berguna agar kita lebih memahami dan menghormati agama-agama lain. Insya-Allah.

Perbandingan Agama 6 Mei 2011 oleh Lim Jooi Soon - (Bah. 1 - Bah. 4)



Dialog Antara Agama - Kepercayaan Agama Mengikut Kitab Suci (Bah. 1 - Bah. 7)




Dialog Antara Agama - Sains Moden Mengikut Perspektif Agama (Bah. 1 - Bah. 5)



Soalan Biasa Ditanya Bukan Islam - Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (Bah. 1 - Bah. 3)


Semoga anda mendapat kefahaman yang lebih mengenai perbandingan antara agama dan dapat memahami apakah yang diajarkan agama-agama tersebut kepada penganutnya. Insya-Allah. Saya akan mengemaskini daripada semasa ke semasa mengenai perbincangan yang saya perolehi kelak.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang