HALAMAN UTAMA

Permintaan Emas Suku Ketiga 2013 Terus Kukuh

Assalamualaikum, memandangkan permintaan emas kini mula semakin meningkat, saya suka kongsikan apakah yang biasanya menjadikan permintaan emas ini terus meningkat. 

Saya kongsikan satu data yang dikeluarkan oleh World Gold Council untuk suku ketiga tahun 2013 sebagai panduan kita menilai permintaan dan apakahh trend yang terjadi pada tahun lepas bagi permintaan emas dunia.


Info Grafik berikut yang dikeluarkan World Gold Council ini telah saya alih bahasa untuk memudahkan pemahaman kepada info yang disampaikan dalam grafik tersebut.


Sektor Barang Kemas: Sektor ini memberikan satu pertumbuhan yang mantap daripada tahun ke tahun dengan permintaan pengguna di seluruh dunia dan digalakkan lagi dengan harga purata yang rendah, ianya menunjukkan peningkatan kepada ketulenan yang tingg.i 

Sektor Pelaburan: Permintaan kepada jongkong emas dan syiling emas meningkat 6% kepada 304.2 tan dengan pertumbuhan yang datang daripada Asia dan Timur Tengah termasuk Turki. Aliran keluar Dana Tukaran Dagangan (ETF) menjadi perlahan kepada 119t.

Sektor Teknologi: Suku ke 3 merupakan satu tempoh dimana permintaan emas yang kukuh dalam sektor teknologi. Permintaan yang tinggi ini berikutan penggunaan emas dalam barangan eletronik yang telah menunjukkan daya tahan yang kukuh, yang mana disokong oleh permintaan pembuatan tablet dan telefon pintar yang lebih meluas dan tinggi.

Bank-bank Pusat: Bank Pusat terus meningkatkan simpanan emas, walaupun dengan kadar yang perlahan berbanding kadar yang tinggi pada tahun 2012. Dari tahun ke tahun, rizab emas bank pusat global telah meningkat sebanyak hampir 300 tan.

Bekalan: Bekalan emas pada suku ketiga telah jatuh 3% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2012. Penguncupan ini mendadak berikutan bekalan emas daripada sumber kitar semula yang menyumbang kepada penurunan, telah menyumbang kepada peningkatan penghasilan lombong sebanyak 4%.   

Semoga dengan info ini, kita dapat mengetahui bagaimana permintaan dunia ini boleh meningkat dan menurun daripada tren yang diperolehi daripada data yang dikummpulkan oleh World Gold Council.

Boleh dapatkan Infografik yang asal di sini. KLIK untuk dapatkan Grafik Asal.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 102 (Wordless Wednesday) Istimewanya Monyet


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mengapa Giat MARA Selangor Ditutup?

Assalamualaikum, dikatakan Pusat Giat MARA di Selangor akan ditutup. Saya kongsikan respon Menteri Besar Selangor mengenai isu penutupan tersebut. Dalam sidang media yang dibuat dan kenyataan media daripada pejabat Menteri Besar bahawa Kerajaan Selangor Sedia Timbang Keputusan Jika Giat Mara Perbaiki Bangunan Dan Latihan yang telah dipetik daripada Facebook Menteri Besar pada pada 15hb Januari 2014 pukul 7.36 ptg.



Kerajaan Negeri telah membentuk Task Force di setiap Pejabat Tanah Daerah di negeri ini bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap tanah-tanah milik kerajaan negeri bertujuan  mengemas kini maklumat dan status.
  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,   antara yang telah diperiksa oleh Task Force Pejabat Tanah Daerah Gombak termasuklah Pusat Latihan Kemahiran Giat Mara di Selayang yang dibina di tanah kerajaan negeri.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pasukan berkenaan mendapati bangunan pusat latihan itu kurang memuaskan dan bidang latihan yang disediakan tidak produktif.

Menteri Besar berkata, beliau telah mengarahkan Pentadbir Tanah Gombak supaya mengeluarkan notis kepada Giat Mara supaya berpindah dalam tempoh setahun.

“Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan pusat latihan itu boleh menambah baik atau menaik taraf bangunan sedia ada serta mempertingkatkan latihan-latihan yang disediakan supaya lebih produktif dan bermutu, kerajaan negeri boleh menimbang semula keputusan yang telah dibuat.


“Sekiranya pengurusan  tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menambah baik bangunan, kerajaan Selangor sedia untuk membantu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO, hari ini.

Abdul Khalid berkata, sekiranya pihak Giat Mara mengambil keputusan untuk berpindah, kerajaan negeri akan mengambilalih pusat latihan berkenaan untuk dijadikan Pusat Latihan Industri Penerbangan yang akan menawarkan bidang Maintenance , Repair and Overhaul (MRO) pesawat-pesawat.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat antarabangsa yang terlibat dalam industri penerbangan untuk membuka pusat latihan itu kepada belia-belia tempatan.

Menteri Besar menyifatkan pemimpin-pemimpin UMNO bertindak kurang bijak apabila menuduh kerajaan negeri mengamalkan politik perkauman  sedangkan di bawah Pakatan Rakyat lebih ramai rakyat terutamanya Melayu mendapat bantuan.

Sejak 2008 sehingga 2013, lebih 1.7 juta penduduk di Selangor telah menerima bantuan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) melibatkan peruntukkan melebihi RM1 bilion.

Di bawah program MES, lebih 36,000 anak Selangor telah menerima RM1,000 sebagai hadiah masuk universiti (perbelanjaan lebih RM36 juta), lebih 100,000 warga emas menikmati program Jom Shopping (perbelanjaan lebih RM10 juta), lebih 2,000 belia menerima insentif perkahwinan dan lebih 43,000 waris warga emas menerima Khairat Kematian (perbelanjaan lebih RM105 juta).


Disediakan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
15 JANUARI 2014

Sekian, semoga penjelasan ini dapat menjawab segala tanda tanya berkaitan isu tersebut.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Lelaki Warga Myanmar Larikan 4 Anak Daripada Bekas Isteri

Assalamualaikum, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, berkulit cerah, berbangsa Cina, warganegara Myanmar dikehendaki apabila dilaporkan bekas isterinya telah melarikan empat orang anak dibawah jagaan bekas isterinya yang masing-masing berusia 2, 5, 6 dan 7 tahun yang mana terdiri daripada 1 lelaki dan 3 perempuan. 

Sejak 1 Januari 2014, Bekas isterinya dikatakan telah membenarkan bekas suaminya itu membawa keluar mereka namun tidak dipulangkan semula untuk jagaan bekas isteri beliau selepas beberapa hari. Difahamkan bekas isterinya dan anak-anaknya telah pun memeluk Islam, dan bekas suaminya tidak memeluk Islam.


Ibu mangsa 4 beradik tersebut meminta dan memohon orang ramai yang menjumpai atau pun mempunyai maklumat, bolelah menghubungi balai polis berdekatan atau hubungi saya ibu kepada mangsa:

ditalian 016-3094205 (call/sms) atau pun 
0111-6640788 (wassap only).

Galeri Anne: "Untuk makluman ayah mereka warganegara MYANMAR. Saya risau jika mereka melepasi pintu sempadan." 

Berikut nama anak-anak beliau:-

1. Nur Husna@Matilda nama panggilan 'kakak'

2. Najwa@Amanda nama panggilan ting ting

3. Sumayyah@Miranda nama panggilan memey

4. Haron@Aaron nama panggilan bobby


Sumber yang boleh dirujuk daripada Facebook Ibu Mangsa:-




Kesabaran Ibu mangsa 4 anak yang dilarikan pada hari ke-3.



Berikut gambar anak-anak beliau.



  
  

Semoga Allah mempertemukan kembali ibu mangsa dengan anak-anaknya semula. InshaAllah, marilah sama-sama kita doakan dan bantu beliau.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang