HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 100 (Wordless Wednesday) Dinar Dan Goldbar


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Macam Mana Nak Bayar Zakat Emas?

Assalamualaikum, sekarang ni ramai betul yang beli emas, dah tak kira dah peringkat umur dah, mesti nak dapatkan emas walaupun sedikit dalam bentuk apa pun. Betul tak? Mungkin betul dan mungkin tidak. Jadi, dalam keadaan menyimpan dan memakai emas, mesti ada yang terfikir dan terlintas, aku kena bayar zakat emas tak? Macam mana nak tahu kena bayar atau pun tidak?

Baiklah saya kongsikan perkara ini untuk memastikan kita sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sentiasa mahu memperbaiki diri dan mentaati perintah Allah. Berikut perkara yang kita perlu faham dan ketahui.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35


Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Berikut pula jumlah uruf yang digunakan sejak tahun 1995 di Malaysia.



Semoga harta kita sentiasa berada dalam keadaan bersih daripada hak saudara kita yang lain. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

PDN Kata Jangan Derma Darah?

Assalamualaikum, beberapa hari lalu (3 Julai 2013) mahu derma darahn di KLCC, tetapi doktor daripada Pusat Darah Negara kata, "Encik tak boleh derma darah". Itulah yang dikatakan. Tapi saya juga nasihatkan kepada anda janganlah derma darah dan lupakanlah hasrat murni anda. Saya serius bagi tahu, lupakan hasrat murni anda untuk menderma darah sekurang-kurangnya selama lima tahun. Mengapa? 

Anda dilarang menderma darah selama lima tahun sekurang-kurangnya jika anda pernah mendapat jangkitan TIBI atau pun batuk kering atau pun tuberculosis. Anda perlu menunggu selama lima tahun selepas tarikh terakhir rawatan anda. Itulah nasibnya jika anda pernah menghidapi penyakit batuk kering.

Apa yang dimaklumkan oleh pihak PDN, sekiranya penderma itu mendapat tahu jangkitan TIBI tersebut melalui PDN, maka nama penderma akan disenarai hitamkan dalam sistem selama lima tahun dan dihalang daripada menderma darah. Tetapi, jika anda mendapat tahu jangkitan TIBI tersebut di hospital-hospital lain, mungkin nama anda tidak disenarai hitam dalam sistem PDN.



Namun, jika anda tidak mengetahui atau tidak memaklumkan dalam borang tersebut, berkemungkinan anda boleh menderma. Tapi apa boleh buat, dah la tak dapat menderma selama lima tahun, rasa macam geram pula dengan doktor tu tak tahu kenapa. Baru tahu yang pesakit TIBI yang sudah sembuh tak boleh menderma selama lima tahun selepas rawatan. 


Saya rasa, doktor-doktor di luar sana kenalah sabar sikit beri penerangan kepada penderma yang datang, tak ada lah rasa kecewa nak datang menderma tiba-tiba baru tahu kata tak boleh derma. Biasalah, situasinya ketika saya diberi tahu tidak boleh menderma, saya tanyalah kenapa saya tak tahu selepas 2 kali menderma darah selepas setahun lebih habis rawatan. Doktor ni pun satu hal, nak bagi penerangan tu, tunjuklah pamplet ke, atau apa-apa yang yang menerangkan tempoh layak menderma selepas sesuatu rawatan.

Ini tidak, cakap sekadar cakap je. Tahulah doktor lebih tahu, tapi cubalah bagi hati penderma darah ni puas hati dan taklah rasa kecewa sangat. Ish, apa pun tak boleh. sabar je lah. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 99 (Wordless Wednesday) Papan Tanda Berkuasa


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang