HALAMAN UTAMA

Kod Coklat Halal Dicemari DNA Babi Ditarik, Respon KKM, JAKIM dan Cadbury [Updated 24 Mei 2014]

Assalamualaikum, susulan satu daripada ujian daripada analisis yang tersebar di media sosial berkaitan dengan produk coklat Cadbury, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan untuk sebaran media dan akhbar pada 24 Mei 2014 melalui laman web rasmi masing-masing untuk mewar-warkan kenyataan tersebut dan saya kongsikan kedua-dua kenyataan yang telah dikeluarkan. Manakala pihak Cadbury Malaysia juga sudah memberikan respon akan produknya ini.

Secara ringkasnya KKM telah mengesahkan pengesanan DNA babi dalam 2 daripada 3 produk (Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015) yang telah dianalisis tersebut dan pihak JAKIM pula telah mengumumkan untuk mengatung kedua-dua sijil halal bagi produk tersebut serta-merta untuk siasatan bagaimana produk tersebut boleh dicemari unsur babi.



Rentetan laporan ini yang disebarkan melalui media sosial:-



Kenyataan Akhbar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut dan boleh dilihat terus di sini. (Download kenyataan akhbar)

----------------------------------------(Kenyataan Akhbar KKM)---------------------------------------
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine). Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 
24 Mei 2014

----------------------------------------(Kenyataan Akhbar KKM TAMAT)---------------------------------------


Anda boleh semak kod  200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015 yang ditarik untuk produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut; dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond tersebut seperti gambar di bawah:-


Satu kenyataan media daripada Ketua Pengarah JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) pada 24 MEI 2014 juga telah dikeluarkan susulan daripada kenyataan yang telah dikeluarkan pihak KKM. Boleh rujuk daripada laman web JAKIM di sini (Kenyataan AKHBAR JAKIM).

----------------------------------------(Kenyataan Akhbar JAKIM)---------------------------------------


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KENYATAAN MEDIA OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK
------------------------------

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut.

Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
24 MEI 2014

----------------------------------------(Kenyataan Akhbar JAKIM TAMAT)---------------------------------------


Pihak Sime Darby pula telah memberikan respon di dalam Halaman Rasmi Facebooknya seperti yang berikut:

-----------------------------------(Kenyataan RASMI PIHAK CARDBURY)----------------------------------

We at Cadbury would like to respond to the report dispersed by Ministry of Health, Malaysia, earlier today.
We were informed that Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analyzed by Ministry of Health tested positive for traces of porcine DNA. We have taken immediate action by recalling the products from the above two batches.
No other Cadbury chocolates are affected by this test.
We are undertaking a full review of the supply chain to ensure all quality standards continue to be met. We would like to reassure our consumers that all Cadbury chocolates manufactured in Malaysia are halal-certified by JAKIM, which includes the locations and raw materials used in the production of these products. We employ stringent quality procedures to ensure that our products are of the highest standard of safety and quality.
Thank you for your continued support of Cadbury.
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.


---------------------------(Kenyataan RASMI PIHAK CARDBURY TAMAT)--------------------------


Semoga dengan kenyataan pihak berwajib kita boleh melakukan tindakan sepatutnya dengan mengelakkan daripada produk yang digantung tersebut. Mungkin kita juga boleh mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan ianya menjadi pengajaran buat syarikat besar ini agar lebih sensitif lagi untuk mengeluarkan produk yang berstatus halal.

Yang peliknya, bagaimana dalam pemprosesan coklat ini boleh dicemari unsur DNA babi? Di manakah sensitiviti pihak Cadbury sehingga boleh menyebabkan pencemaran DNA tersebut? Ini yang memusykilkan kita.

Satu lagi persoalan, mengapa laporan analisis yang dikatakan rahsia itu, mengambil masa yang lama untuk disahkan? Dibuat hujung bulan Februari, tapi sekarang dah bulan Mei. Hampir 3 bulan, apabila dikatakan maklumat sulit ini tersebar atau pun bocor, barulah ada tindakan dan kenyataan akbar? Jadi bagaimana tu?

Wallahua'lam...

InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sample Air Kotak Dutch Lady Telah Diuji [Updated 23 Mei 2014]

Assalamualaikum, sebentar tadi pukul 7:11 malam pada 23 Mei 2014 pihak Dutch Lady telah memberikan responnya yang terkini berkaitan dengan aduan produk air kotaknya yang didakwa mengandungi bendasing yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai benda dan ada yang mendakwa ianya bangkai anak tikus. 

Dakwaan tersebut membuatkan saya juga mahu mendapatkan kepastian pihak Dutch Lady dengan keluhan dan aduan yang dikongsikan pengadu di laman sosial Facebook untuk memastikan kesahihan perkara dan gambar tersebut kerana saya juga pengguna yang sering membeli produk Ducth Lady.

Pihak Ducth Lady memberikan respon selepas ujian makmal dibuat dan saya kongsikan di sini untuk pengetahuan umum masyarakat Malaysia yang sering mahu mendapatkan jawapan dan penjelasan berkaitan dengan hal kepenggunaan ini.


Selepas saya bertanyakan akan perkara ini, respon pertama yang diperolehi pihak Ducth Lady masih belum mendapat sampel tersebut daripada pengadunya. Pihak Dutch Lady telah memberikan respon yang dipetik seperti di bawah:-

  • Conversation started 10hb Mei
  • Farid Aspar
    Farid Aspar
    Salam, Saya juga berfikir-fikir untuk tidak membeli jika tiada respon dan maklum balas pihak Dutch Lady Malaysia. Boleh respon tak untuk perkara ini? https://www.facebook.com/photo.php?fbid=774120775939657&set=pcb.774120899272978&type=1&theater (LINK sudah tiada, pengadu sudah padamkan gambar), Jika tiada respon dan tindakan, jangan tanya kenapa saya tak beli lagi susu DL. Terima kasih.
  • 10hb Mei
  • Dutch Lady Malaysia
    Hai Farid. Seperti yang telah dijawab oleh pihak kami di Facebook Wall anda, sampel pengadu tersebut masih tidak dapat diperolehi. Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yang telah menjadi pepejal. Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yang tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yang kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak. Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 - 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman. Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yang dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum. Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami di dutchladycareline@frieslandcampina.com. Kami menghargai sokongan anda dan berharap anda terus membeli produk kami dengan keyakinan.

Selepas beberapa minggu, pihak Dutch Lady memberikan maklum balas terkini selepas mendapatkan sampel daripada pengadu. Dan berikut adalah respon pihak Dutch Lady berkaitan dengan sampel tersebut yang sudah dibuat ujian makmal.

Berikut antara yang dihantar kepada saya berkaitan:-
  • Hari Ini (23 Mei 2014)
  • Dutch Lady Malaysia
    Dutch Lady Malaysia
    Hai Farid,

    Kami telah menerima sampel produk daripada Puan Nazlinda dan menerusi kajian makmal, kami mendapati sampel susu UHT berperisa coklat itu telah kering akibat penyimpanan dalam peti sejuk buat tempoh yang lama. Kejadian ini merupakan satu proses semulajadi yang tidak diingini akibat kaedah penyimpanan yang tidak sempurna. Bahan asing tidak dapat memasuki ke dalam pek produk yang belum dibuka berikutan kaedah pemprosesan yang ketat dan terkawal.

    Pihak Dutch Lady Malaysia telah berjumpa dengan Puan Nazlinda dan telah pun menjelaskan tentang hasil keputusan kajian makmal yang dijalankan. Puan Nazlinda bersetuju dan menerima penjelasan yang diberikan.

    Untuk pengetahuan umum, jika tidak disimpan dan dikendalikan dengan cara yang betul selepas dibuka, susu akan mengalami proses semulajadi yang tidak diingini sepertimana keterangan di atas. Dalam kes ini, kerosakan tersebut adalah akibat degradasi karbohidrat, protein dan lemak dalam susu.
    Oleh itu, Dutch Lady ingin menekankan kaedah penyimpanan dan pengendalian produk seperti yang disyorkan pada label pek – goncang sebelum digunakan. Setelah dibuka, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan dalam tempoh 3 hari. Kaedah ini amat penting untuk dipatuhi bagi memastikan kesegaran produk.
    Kesihatan dan keselamatan pengguna adalah keutamaan kami di Dutch Lady Malaysia. Kami akan terus komited untuk menyediakan produk berkualiti yang selamat dan sihat kepada pengguna.
    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Care Line Dutch Lady di 1-800-88-1191 untuk maklumat lanjut, talian ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8:30pagi - 4:30petang, atau e-mel : dutchladycareline@frieslandcampina.com. Sebarang mesej yang diterima pada hujung minggu dan cuti umum akan diberikan perhatian dengan segera pada hari bekerja berikutnya.
  • Farid Aspar
    Farid Aspar
    Baik, Terima kasih atas penjelasan. Saya akan kongsikan respon ini dalam blog saya untuk makluman umum.

Semoga kita bersama-sama mencari dan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan agar tidak berlaku sebarang spekulasi yang tidak benar. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gambar dan Video Banjir Kilat di Damansara Kuala Lumpur 12 Mei 2014

Assalamualaikum, hujan yang lebat sejak pukul 2:30 petang (12 Mei 2014) ini telah menyebabkan banjir kilat di sebahagian Jalan Mahameru ke dua-dua arah. Banjir kilat ini telah menyebabkan sebuah kereta terperangkap di tengah-tengah jalan yang telah dinaiki air dengan pantasnya dan dilihat beberapa orang awam telah membantu mangsa keluar daripada kenderaan yang dinaiki tersebut.

Saya kongsikan tiga bahagian video yang saya sempat rakamkan menggunakan smartphone Ninetology Black Pearl II.

Boleh lihat keadaan di lokasi kejadian dalam rakaman berikut:








Saya berada di lokasi kejadian telah dapat merakamkan sedikit gambar dan video untuk dikongsi bersama anda semua. Mungkin pembangunan MRT ini di lokasi kejadian sedikit menyumbang kepada sistem perparitan berdekatan.

Gambar-gambar di lokasi banjir kilat di bawah:













Semoga dapat dijadikan iktibar untuk kita semua. Pembangunan yang tidak dikawal boleh menjadi asbab terjadinya banjir kilat sekali gus menyebabkan kerugian harta benda kita jika tidak diurus dan mengambil kira faktor alam sekitar.

Saya juga lihat struktur runtuhan yang pernah berlaku di Jalan Mahameru suatu ketika dahulu sudah pun pulih dan diharapkan akan kembali kukuh seperti dahulu.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang