HALAMAN UTAMA

[JENAYAH] Samun Kereta Cara Baru

Assalamualaikum, kali ini saya nak kongsikan satu kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini dan terjadi kepada pemandu yang sedang berada di dalam kereta dipercayai wanita. Video yang saya kongsi ini telah disamun oleh dua orang penyamun yang sudah pastinya sudah memerhatikan mangsa terlebih dahulu.

Lihatlah bagaimana kejadian ini berlaku dan ini perlu dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua pemandu kereta di Malaysia kerana jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Sebarkan untuk dijadikan panduan dan pedoman agar kita sentiasa berhati-hati dan dapat mengambil langkah berjaya-jaya walaupun di dalam kereta.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[SUNNAH] Rahsia Cara Minum Air Rasulullah

Assalamualaikum, kali ini saya mahu kongsikan satu peringatan mudah atau pun sunnah Rasulullah ketika baginda meminum air, ada beberapa perkara yang kita mungkin sudah tahu atau pun masih lagi terlepas pandang. Saya kongsikan sedikit perkongsian yang disampaikan daripada siaran "Fattabioni" yang mana telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang biasanya akan disiarkan dalam saluran Al-Hijrah. 

Secara ringkasnya: Minum Cara Sunnah
  • Membaca "Basmallah" sebelum, memuji Allah selepas minum.
  • Minum duduk.
  • Minum dengan tangan kanan.
  • Minum dengan 3 nafas.
    •  Abra' (Melepaskan penyakit)
    •  Arwa' (Menghilangkan kehausan)
    •  Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
  • Minum air selepas minum susu (atau minuman yang berlemak)
  • Membaca doa selepas minum. 
 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ  
 وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا 

"Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami"


  • Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.
  • Rasulullah suka minuman manis yang sejuk.
    • Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang.
  • Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk.
  • Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.
Perkara yang dibenci
  • Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.
  • Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.



Untuk mendengar dan menghayati pengisian di atas, silalah lihat rakaman yang sangat menarik di bawah. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cara Mandikan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, kali ini sebagai perkongsian kepada bakal ibu yang akan menimang cahaya mata. Saya kongsikan satu langkah untuk memandikan bayi anda dengan cara yang betul. Langkah ini perlu untuk mengelakkan sesuatu yang kita terlepas pandang berlaku disebabkan belum mempunyai pengalaman yang cukup dalam menguruskan bayi.

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Semoga ianya memberikan manfaat dan dapat dijadikan panduan untuk permulaan anda menjadi ibu yang prihatin dengan penjagaan bayi dengan betul. Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[JENAYAH] Berhati-hati Samun Bersenjata di Kepong #rakancop

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan satu kejadian samun pada 1 September 2013 bersenjata yang berlaku di Kepong Kuala Lumpur. Kisah yang dikongsikan seorang rakan yang menghadapi situasi cemas ketika menunggang motosikal berseorangan kira-kira pada pukul 3:25 pagi berhampiran bulatan Taman Ehsan Kepong, ditahan oleh 6 orang lelaki dengan menaiki 4 buah motosikal.

Dikatakan mangsa telah diminta untuk tidak melawan dan ketika kejadian, mangsa telah ternampak sepucuk pistol dipegang oleh seorang suspek ketika seorang suspek yang lain memotong tali beg menggunakan sebilah pisau untuk mengambil beg yang dibawa mangsa dan mengambil segala barangan milik mangsa.  

Secara ringkasnya dalam laporan polis beliau seperti di bawah.




Saya menasihatkan agar anda tidak menunggang motosikal secara berseorangan dan di waktu lewat pagi. Jika terpaksa elakkan daripada berseorangan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walaupun Malaysia masih aman, bangun pagi buka tingkap tiada perang, namun perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Oleh itu, sentiasalah berwaspada baik lelaki atau pun perempuan. Jenayah sekarang tak boleh nak dijangka. Kes tembak-menembak pun dah jadi perkara biasa dalam sebulan dua ini.

Apa pun, berhati-hatilah ketika berseorangan.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

No Plat Terbaru Kuala Lumpur September 2013

Assalamualaikum, sungguh laju betul pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur sehingga pihak JPJ telah memutuskan untuk menggunakan format terbaru no plat kenderaan seperti yang telah dikeluarkan. Boleh rujuk siri nombor pendaftaran yang terbaharu di bawah.

No plat terakhir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah WYY 999 dan manakala yang terbaru pula adalah W1A yang mana akan mengikut susunan no pendaftaran yang telah disusun oleh JPJ untuk kenderaan yang baru didaftarkan selepas ini.

Memandangkan kenderaan yang terus bertambah, no plat ini menjadi sesuatu yang unik untuk dilihat sebagai satu tanda keluaran satu-satu kenderaan tersebut.

Kenyataan yang dibuat adalah seperti yang berikut yang dipertik daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia. 

Dipetik daripada laman web JPJ di sini.

SIRI NOMBOR PENDAFTARAN BAHARU BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1. Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999, dijangka pada bulan Julai 2013.

2. Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah W (1-9999) A. Siri nombor ini akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A. Siri berikutnya adalah W 1 B sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya, diakhiri dengan WYY 9999 Y.

3. Secara keseluruhannya, siri nombor pendaftaran tersebut adalah mengikut turutan berikut:

SIRI NOMBOR PENDAFTARAN
SIRI AKHIR
W       (1-9999) A
W       (1-9999) Y
WA    (1-9999) A
WY    (1-9999) Y
WAA  (1-9999) A
WAY  (1-9999) Y
WBA (1-9999) A
WBY (1-9999) Y
WCA (1-9999) A
WCY (1-9999) Y
WDA (1-9999) A
WDY (1-9999) Y
WEA (1-9999) A
WEY (1-9999) Y
WFA (1-9999) A
WFY (1-9999) Y
WGA (1-9999) A
WGY (1-9999) Y
WHA (1-9999) A
WHY (1-9999) Y
WJA (1-9999) A
WJY (1-9999) Y
WKA (1-9999) A
WKY (1-9999) Y
WLA (1-9999) A
WLY (1-9999) Y
WMA (1-9999) A
WMY (1-9999) Y
WNA (1-9999) A
WNY (1-9999) Y
WPA (1-9999) A
WPY (1-9999) Y
WQA (1-9999) A
WQY (1-9999) Y
WRA (1-9999) A
WRY (1-9999) Y
WSA (1-9999) A
WSY (1-9999) Y
WTA (1-9999) A
WTY (1-9999) Y
WUA (1-9999) A
WUY (1-9999) Y
WVA (1-9999) A
WVY (1-9999) Y
WWA (1-9999) A
WWY(1-9999) Y
WXA (1-9999) A
WXY (1-9999) Y
WYA (1-9999) A
WYY (1-9999) Y

4.           Siri nombor pendaftaran baharu ini adalah kesinambungan kepada siri sedia ada. Ia juga selaras dengan praktis di Sabah dan Sarawak.
23 Mei 2013
Kementerian Pengangkutan



Semoga maklumat ini dapat memberikan info terkini berkaitan no plat di Malaysia.

Lihat No plat terbaru mengikut negeri seperti di bawah. KLIK untuk lihat terus daripada laman web JPJ. Berikut adalah no plat terkini pada Selasa 3 September 2013 pada pukul 17:35:01.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang