Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
Asssalamualaikum, benarkah laptop boleh selamat tanpa antivirus? Jawapannya
boleh jika kita tidak menyambungkannya kepada internet dan juga tidak
menyambungkannya dengan external driver (seperti pendrive, thumb drive, hard
disk dan sebagainya). Tetapi sudah tentu sekali agar sukar jika kita tidak
menyambungkannya atau pun ‘cucuk’ pendrive ke laptop atau pun PC.
Jadi, penyelesaiannya ialah kita perlulah mempunyai perisian antivirus
untuk memastikan laptop dan PC kita selamat daripada ancaman virus dan juga
serangan ke atas sistem komputer kita. Selepas membaca Majalah PC edisi
Februari 2013, saya mendapat jalan bagaimana kita dapat menjimatkan
perbelanjaan untuk mendapatkan antivirus.
Namun, kini sudah banyak perisian antivirus yang kita boleh gunakan sebagai
perlindung kepada keselamatan pc dan laptop kita. Oleh yang demikian, untuk
mengetahui antivirus yang terbaik anda boleh ke laman ini (http://www.av-comparatives.org/)
salah satu laman yang menguji keberkesanan antivirus yang ada.
Apa yang dicadangkan ialah anda menggunakan beberapa antivirus yang ada
dengan percubaan selama sebulan atau 30 hari. Kemudian selepas habis tempoh
percubaan sesuatu antivirus, anda boleh cuba antivirus yang lain pula.
Dalam tempoh percubaan ini, anda mampu menilai keserasian dan kehebatan
antivirus tersebut di dalam laptop anda. Jika anda rasa sudah serasi dan
tertarik dengan antivirus tersebut, maka anda boleh membuat pilihan sama ada
mahu mendapatkan lesen secara penuh atau pun mencari antivirus yang percuma.
Jadi, apa yang dicadangkan ialah:-
Anda guna antivirus secara percubaan.
Selepas tamat tempoh percubaan, anda gunakan pula
antivirus yang lain.
Anda boleh cuba kesemuanya dan katakan ada lebih
12 jenis antivirus yang anda gunakan dalam setahun. Maka anda telah mempunyai
perlindungan percuma selama setahun hanya menggunakan antivirus percubaan.
Selepas menilai antivirus yang ada, anda boleh
tentukan sama ada mahu mencuba lagi atau pun terus mendapatkan satu antivirus
yang terbaik untuk anda.
Sebelum itu, satu nasihat untuk langkah-langkah yang perlu anda lakukan
ialah:-
Memuat turun (download) antivirus percubaan yang
mahu digunakan. Laman web cadangan pilihan antivirus. (http://www.av-comparatives.org/)
Buat back-up untuk sistem anda. (Boleh gunakan
perisian EaseUS Todo Backup 4.0-http://download.cnet.com/EASEUS-Todo-Backup-Free/3000-2242_4-10964460.html)
Penting jika anda merasakan antivirus yang digunakan tidak memuaskan, maka anda
boleh restore semula sistem back-up yang anda gunakan sebelum ini.
Kemudian, anda boleh pasang (install) dan nilaikan
keberkesanannya selama 30 hari percubaan.
Anda boleh cuba untuk antivirus lain sehinggalah
anda berpuas hati dan berjumpa dengan pilihan yang terbaik.
Jadi, itulah antara cara anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk perisian
antivirus laptop anda. Hanya cadangan sahaja untuk anda membuat pilihan. Saya
merujuk artikel ini dalam Majalah PC Edisi Februari 2013 dan ianya satu
perkongsian yang sangat berbaloi kepada anda semua.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Assalamualaikum, ada beberapa orang rakan yang memberitahu bahawa mereka terlepas memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ditanya mengapa, ada yang menjawab tak tahu mereka layak dan ada juga yang tidak pasti macam mana nak memohon kerana mungkin tiada info atau maklumat. Mungkin juga kekangan talian internet untuk memohon secara online.
Apa pun, saya mendapat tahu permohonan BR1M dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Jadi, saya ingin kongsikan semula laman web untuk permohonan dalam talian ini diisi.
Semoga anda mendapat manfaat daripada pemberian BR1M ini. Apa pun pegangan politik anda, ambil BR1M ini kerana ianya daripada kerajaan Malaysia bukan daripada parti politik tertentu. Mereka hanya menguruskan sahaja. Jadi, pada saya tiada isu ianya duit parti dan kita mesti memilih parti tersebut.
Terpulang kepada anda, peluang sudah diberi, kita yang akan menentukan nanti. Prestasi pemerintahan bukan daripada pemberian bantuan semata-mata, malah merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk pembangunan teknologi, ilmu, ekonomi, sahsiah dan juga keseluruhan kehidupan rakyat.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
Assalamualaikum, hari ini saya rasa mahu kongsikan maklumat mengenai tarif air di Malaysia. Adakah tarif air di Malaysia berbeza-beza? Sudah tentulah berbeza-beza kerana diuruskan oleh syarikat air yang berbeza-beza. Untuk pengetahuan kita bersama, tarif air ini terbahagi kepada 2 jenis, secara mudahnya:-
Tarif air domestik (pengguna kediaman)
Tarif air industri (penggunaan industri bukan kediaman)
Kiraan tarif air ini berdasarkan jumlah yang perlu dibayar bagi setiap meter padu air yang digunakan. Saya kongsikan kepada anda statistik tarif air bagi setiap negeri di Malaysia. Saya memetik sumber yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air.
Berikut merupakan statistik terkini tarif air negeri-negeri di seluruh
Malaysia bagi tahun 2011. Maklumat-maklumat ini berdasarkan maklumat
daripada Badan Berkuasa Air Negeri (BBAN) dan dikumpulkan di Unit Data
dan Dokumentasi Jabatan Bekalan Air (JBA).
Tarif Air Untuk Penggunaan Domestik pada tahun 2011
Tarif Air Untuk Penggunaan Industri pada tahun 2011
Jadi kalau kita mahu lihat negeri manakah yang menjual air kepada penggunanya yang paling murah, saya kongsikan kedudukan pertama dengan tarif yang paling murah sehingga tarif yang paling mahal di bawah:-
Turutan Tarif Air Domestik Tahun 2009
Kadar Air (Domestik) 2009
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
PULAU PINANG
2001
0.31
1
TERENGGANU
1997
0.52
2
KEDAH
1993
0.53
3
KELANTAN
2001
0.55
4
SARAWAK1
1984
0.56
5
PERLIS
1996
0.57
6
PAHANG
1993
0.57
6
BINTULU
1995
0.61
7
SARAWAK2
1992
0.62
8
NEGERI SEMBILAN
2002
0.68
9
MELAKA
2005
0.72
10
PERAK
2006
0.73
11
SELANGOR
2006
0.77
12
LABUAN
1982
0.9
13
SABAH
1982
0.9
13
JOHOR
2007
0.98
14
PURATA NASIONAL
0.65
Nota : Purata tarif air domestik bagi 35 meter padu yang pertama Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/ kawasan. Sarawak1 – JKR Sarawak Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit
Turutan Tarif Air Industri Tahun 2009
Tarif Air (Industri) 2009
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
SABAH
1982
0.9
1
LABUAN
1982
0.9
1
PULAU PINANG
2001
0.94
2
SARAWAK2
1992
1.06
3
TERENGGANU
1997
1.15
4
SARAWAK1
1984
1.19
5
KEDAH
1993
1.2
6
BINTULU
1995
1.21
7
KELANTAN
2001
1.25
8
PERLIS
1996
1.3
9
PAHANG
1983
1.45
10
MELAKA
2005
1.47
11
NEGERI SEMBILAN
2002
1.59
12
PERAK
2006
1.6
13
SELANGOR
2006
2.27
14
JOHOR
2003
2.93
15
PURATA NASIONAL
1.32
Nota : Purata tarif air industri bagi 500 meter padu yang pertama Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/kawasan. Sarawak1 – JKR Sarawak Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang,Sarikei,Kapit
Subahanallah, begitulah kuasa dan kehebatan Allah mengatasi kuasa dan teknologi manusia apabila dikatakan pihak NASA juga tidak dapat mengesan akan kehadiran meteor ini.
Dikatakan pada 15/02/2013, serpihan meteor ini telah menghentam satu lokasi di Rusia dan dipetik daripada laporan BBC lebih daripada 900 orang cedera akibat daripada terkena serpihan kaca bangunan dan serpihan batu bangunan yang pecah.
Pengesahan daripada pihak berwajib Rusia mengenai kejadian sebenar akan kejadian ini. Beberapa rakaman daripada warga Rusia kini sedang banyak dikongsikan di Youtube khususnya.
Sumber terkini dipetik daripada Sumber ANGKASA:-
METEOR ‘RUSSIA’ VS ASTEROID 2012 DA14
Jumaat
15 Februari 2013, sebuah meteor kecil telah memasuki atmosfera bumi di
ruang angkasa Rusia pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di Chelyabinsk dan
meletup. Menurut laporan daripada pertubuhan-pertubuhan berita dan
pihak berkuasa Rusia, sekitar 1000 orang menerima kecederaan kecil
akibat daripada terkena serpihan kaca tingkap yang pecah hasil daripada
gelombang kejutan akibat letupan meteor tersebut. Maklumat awal yang
dikeluarkan oleh NASA menunjukkan bahawa objek ini tidak berkaitan
dengan asteroid 2012 DA14, yang melintasi hampir dengan Bumi awal pagi
hari ini.
Meteor
ini adalah yang terbesar yang dilaporkan sejak tahun 1908, ketika
meteor menghentam Tunguska, Siberia. Analisis awal saintis NASA
menganggarkan saiz objek ini sebelum memasuki atmosfera berdiameter
kira-kira 15 meter dan mempunyai jisim kira-kira 7,000 tan. Ia memasuki
atmosfera pada kelajuan kira-kira 18 kilometer sesaat dan memecah
kira-kira pada ketinggian 20-25 km di atas permukaan Bumi. Masa
hentaman adalah pada 11:20:26 waktu Malaysia pada 15 Februari 2013.
Ia
adalah lebih besar daripada meteor yang merentasi Indonesia pada 8
Oktober 2009. Meteor ini iaitu kira-kira satu pertiga diameter asteroid
2012 DA14 asteroid adalah terang daripada matahari dengan jejak
cahayanya boleh dilihat selama kira-kira 30 saat. Ini hanyalah anggaran
awal dan maklumat setepatnya boleh disemak apabila lebih banyak data
diperolehi.
Sementara itu, penelitian awal hasil pencerapan
terhadap asteroid 2012 DA14 yang menghampiri Bumi pada awal pagi ini (16
Februari 2013) yang dilakukan dari Observatori Negara Langkawi masih
belum menunjukkan hasil kenampakan asteroid tersebut. Perolehan data
cerapan dan imej yang kurang baik kerana faktor cuaca, pergerakan
asteroid yang sangat laju serta keterbatasan instrumentasi dan kepakaran
membataskan kenampakan asteroid ini. Walau bagaimanapun, analisa data
dan imej cerapan akan terus dilakukan bagi mengesahkan status sebenar
kenampakan asteroid 2012 DA14 ini dari Langkawi.
Gambar di di bawah menunjukkan asteroid 2012 DA14 yang dirakamkan dari Samford Valley Observatory, Brisbane, Australia.
Maklumat Pencerapan Langkawi National Observatory:
Observer : Karzaman Ahmad
Instrumentasi : Teleskop RCOS 20” dan CCD STL 1001E
Masa Cerapan : 2013.02.16, 00:00-06:00
Sumber :
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI),
16 Februari 2013 - 1000 MYT
BERITA TERKINI MENGENAI JATUHAN METEOR DI RUSIA
Berdasarkan sumber dari NASA daripada analisa awal telah mengesahkan seperti yang dijangka iaitu jatuhan meteor di Rusia dan asteroid 2012 DA14 adalah dua isu yang berbeza. Ini disahkan melalui trajektori jatuhan meteor di Rusia (arah trajektori dari utara ke selatan) yang berbeza sama sekali dengan trajetori 2012 DA14 (arah trajektori dari selatan ke utara).
Selain daripada itu, mengikut laporan dari Pejabat Program Near-Earth Object, NASA menyatakan jika tahap kerosakan di Rusia dapat dikenalpasti dan disahkan, maka saiz asteroid itu akan dapat diramalkan. Mengikut laporan awal menyatakan kemungkinan saiz meteor itu ialah beberapa meter sebelum terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Selain daripada itu, ia terlalu awal untuk menyatakan tenaga yang terhasil kesan daripada letupan di atmosfera tersebut atau parameter atau saiz sebenar meteor tersebut.
BERITA TERKINI MENGENAI ASTEROID 2012DA14
Tepat jam 0325 pagi nanti, 16 Feb 2013, asteroid 2012DA14, akan berada di kedudukan terdekat dengan bumi iaitu pada ketinggian 27,700km iaitu merupakan asteroid yang pernah terdekat mendekati bumi dalam 15 tahun yang lepas. Ini menjadikan orbit asteroid ini lebih dekat daripada orbit satelit komunikasi dan penyiaran yang berada pada ketinggian 36,000km dari aras bumi(orbit geo-segerak).
Namun disahkan setakat ini berdasarkan penganalisaan data, asteroid ini tidak akan berlanggar dengan sebarang satelit di orbit mahupun Bumi. Sehubungan dengan itu, asteroid ini tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan gangguan kepada bumi dan sistem-sistem teknologi di Bumi.
Observatori Negara Langkawi (ONL) memaklumkan penjejakan asteroid itu telah dimulakan di ONL. Kelajuan asteroid itu yang tinggi menyukarkan ia dijejak secara berterusan serta menghalang usaha pengimejan yang hendak dibuat. Ini ditambah lagi dengan langit yang mendung di Pulau Langkawi sekarang ini. Namun, ANGKASA melalui ONL terus memantau pergerakan dan orbit asteroid tersebut.
Sekian, terima kasih
Sumber Mhd Fairos bin Asillam Koordinator Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara 0230, 16 Februari 2012
Dipetik daripada makluman ANGKASA Malaysia:
Hujan Meteor telah memasuki atmosfera Timur Rusia, Chelyabinsk (Region of Ural)
pada 15 Februari 2013 jam 1125 waktu tempatan menyebabkan letupan yang
kuat di atmosfera (lebih kurang 100km dari aras bumi), memecahkan
tingkap bangunan dan menyebabkan lebih 100 orang tercedera disebabkan
oleh terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah mengikut maklumat
rasmi dari pegawai Rusia. Dijangka juga serpihan meteor ini (meteorit)
akan dijumpai di kawan persekitaran.
Namun disahkan disini
juga, letupan itu bukan disebabkan asteroid 2012DA 14 yang berada
28000km (jarak paling dekat dengan Bumi) pada 16 Febuari 2013 jam 0300
(Waktu Malaysia).
Walaupun begitu, sehingga kini belum terdapat maklumat yang lebih sahih mengenai perkara tersebut di atas.
ANGKASA akan melaporkan perkara ini secara berterusan apabila mendapat laporan terkini daripada Rusia
Sumber: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)15, Feb 2013 jam 1700
Berikut adalah video di mana menunjukkan fenomena alam yang berlaku di Rusia pada 15 Februari 2013.
Jika ada makluman lanjut atau pun maklumat terkini, saya akan kongsikan kepada anda semua. InshaAllah.
Kenyataan NASA mengenai kejadian di Rusia ini boleh di baca di sini:-
Editor's Note: NASA statement on Russian meteor: "According to NASA scientists, the trajectory of the Russian
meteorite was significantly different than the trajectory of the
asteroid 2012 DA14, making it a completely unrelated object. Information
is still being collected about the Russian meteorite and analysis is
preliminary at this point. In videos of the meteor, it is seen to pass
from left to right in front of the rising sun, which means it was
traveling from north to south. Asteroid DA14's trajectory is in the
opposite direction, from south to north."
_______________________________
Small near-Earth asteroid 2012 DA14 will pass very close to Earth on
February 15, so close that it will pass inside the ring of
geosynchronous weather and communications satellites. NASA's Near-Earth
Object Program Office can accurately predict the asteroid's path with
the observations obtained, and it is therefore known that there is no
chance that the asteroid might be on a collision course with Earth.
Nevertheless, the flyby will provide a unique opportunity for
researchers to study a near-Earth object up close. Here are the facts
about the safe flyby of Earth of asteroid 2012 DA14 -- a record close
approach for a known object of this size.
Jika anda mahu lihat satu fenomena yang sedang berlaku sekarang yang mungkin juga ada kaitan dengan kejadian di Rusia ini. Saksikanlah secara langsung daripada NASA berkaitan dengan fenomena Asteroid 2012 DA14 yang ketika saya menulis ini ianya sedang berada di Murrumbateman Observatory, Australia :-
Assalamualaikum, tahun 2013 inilah tahun bantuan diberikan kepada rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang masih belum memiliki lesen motorsikal B2, saya menyarankan agar anda memohon Bantuan Lesen 1 Malaysia ini. Orang muda sekarang sangat beruntung apabila banyak bantuan yang diberikan. Saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan BL1M ini kepada anda dengan harapan, jangan lepaskan peluang bantuan yang diberikan kepada kita tidak kiralah daripada pihak mana sekali pun, asalkan memberikan manfaat kepada kita selagi tidak membebankan dan menyusahkan.
Apakah itu BL1M?
BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.
Syarat-syarat Kelayakkan
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
Sihat tubuh badan
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan PengangkutanJalan Malaysia (JPJ)
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
•
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
•
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
•
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
•
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali
Diharapkan rakyat Malaysia yang masih belum memiliki lesen motorsikal, dapat merebut peluang ini hanya dengan membayar sebanyak RM199 untuk mendapatkan lesen B2 sehingga berjaya mendapat lesen.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
Assalamualaikum, saya mahu kongsikan
kisah untuk pedoman nilai 50 sen untuk anda semua. Dipetik daripada
perkongsian di Facebook.
Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
"Awak tak rehat ke Alif?" Ujar saya kepada pelajar ini. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.
"Kenapa Alif tak rehat?" Jawab Alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat
kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur
panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari
esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat
kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu.
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih
ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang
50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar
ertinya.
Saya tanya lagi, "Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?"
"Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu."
Jawab Alif dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita
akan bertambah."
Mata saya dah berkaca. Saya terkejut dan
bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya
Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan rezeki
mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh
macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan,
dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan
yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi
seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya
lebihkan sedekah dan berinfak.
Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam untuk lebihkan sedekah pada hari
jumaat yang mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda
semua.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar
sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin
menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut
Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai
pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog
ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri
kecuali dinyatakan