HALAMAN UTAMA

Ustaz Azhar Idrus Live Dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Assalamualaikum, Malam ini mari kita dengarkan pengisian ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz yang kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ustaz Azhar Idrus yang bersiaran langsung daripada masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Dengarkan secara langsung di bawah ini.

Dibawakan kepada anda Langsung daripada Shah Alam pada 29 Januari 2012 pukul 8.00malam.





Semoga bermanfaat bersama-sama semua pendengar secara online.

Jumlah penonton sehingga OFF Air adalah 11,802 orang penonton secara Langsung dengan jumlah keseluruhan 34,386 orang.


Kuliah Maghrib ini telah berlangsung lebih daripada 2 jam. Alhamdulillah...

Laman Web Ustaz Azhar Idrus 
Facebook Ustaz Azhar Idrus
Blog Ustaz Azhar Idrus

Jadual Ceramah Ustaz bulan Februari 2012




LIVE STREAM KHAMIS 3 MEI 2012 di Kelantan http://www.mykelantan.tv/

Sekian, Terima kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 34 (Wordless Wednesday) Mati Pun Nak Duit Juga


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.   


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Halaqah Maya Eksklusif Setiap Jumaat?

Assalamualaikum, saya kongsikan kepada semua yang sedang online dan akan online pada hari Jumaat malam ini. Jom dengarkan halaqah Live yang bersiaran secara online yang disampaikan oleh ilmuan-ilmuan yang terpilih mengikut jadual setiap minggu.

Saya amat tertarik dengan siaran Halaqah Maya yang dibuat secara live ini. Bukan sahaja dapat mendengar mengikut tajuk yang ditetapkan, malah dapat berinteraksi dengan bertanyakan soalan kepada para penceramah Halaqah Maya. Jom dengarkan malam ini pukul 9.00 malam secara langsung di bawah ini :-

HANYA LIVE pada setiap JUMAAT pukul 9:00 MALAM di HALAQAH MAYA


HARI INI BERSAMA DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN (LIVE) 27 JANUARI 2012 

Watch live streaming video from halaqahmaya at livestream.com

Atau anda boleh juga terus ke halaman halaqahmaya untuk lebih informasi. Berikut adalah jadual Halaqah Maya untuk setiap minggu pada hari Jumaat.


Semoga dapat memberikan manfaat kepada saudara dan saudari di hari Jumaat ini. Insya-Allah.



Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 33 (Wordless Wednesday) Bil Termurah

 
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.  

 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Peluang Pekerjaan di Scicom Academy

Assalamualaikum, mencari kerja segera? kali ini saya ingin kongsikan satu peluang perkerjaan yang anda boleh perolehi di Scicom Academy. Jika anda masih belum berkerja dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Secara ringkasnya, saya ingin menyatakan bahawa di Scicom Academy antara tempat yang menyediakan peluang untuk anda dan di sana anda akan mempelajari sesuatu yang baru.

Apa yang saya boleh katakan, anda akan mempelajari semuanya 100% dalam Bahasa Inggeris:-
1. Melatih Kemahiran Bahasa Inggeris.
2. Melatih Kemahiran Pembentangan
3. Melatih Temuduga atau Mock Interview
Anda juga tidak perlu bimbang untuk memperolehi kerja kerana akan ada beberapa syarikat antaranya Air Asia, Touch 'n Go, SingTel, Astro, CIMB, dan lain-lain syarikat yang datang untuk menemuduga anda di minggu-minggu terakhir latihan/kursus/training. Saya hanya kongsikan kepada anda apa yang saya perolehi dalam kursus di Scicom Academy.

Anda juga perlu tahu bahawa latihan tersebut :-
  1. PERCUMA dengan kerjasama MSC yang akan menanggung semua bayaran latihan yang diberikan selama 6 minggu ataupun 8 minggu. 
  2. Tiada had peringkat umur untuk sertai program ini.
  3. HANYA untuk lepasan Diploma dan Degree untuk semua pointer.
  4. Akan diberikan elaun setiap hari mengikut kelas yang ditentukan kelak.
  5. Setiap kelas maksimum 25 orang.
  6. Peluang mendapat pekerjaan yang tinggi dengan gaji RM1600 - RM2500 bergantung kepada kelas anda.
  7. Temuduga akan diberikan sehingga anda mendapat kerja.
  8. Anda juga akan mendapat sijil daripada dalam ataupun luar negara (UK).
Apa-apa pun, anda tidak perlu bimbang kerana tiada ikatan dengan mereka ketika program berlangsung sehingga anda mendapat pekerjaan. Insya-Allah, saya sekadar kongsikan untuk manfaat semua.

Jika anda mahukan maklumat lanjut, boleh hubungi  :-
Scicom Academy (03-21768888/03-21764888)
9th Floor, Menara TA One,
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

atau pun jika mahukan peluang lebih besar, boleh ke laman web MSC untuk latihan atau pun ke laman web di http://kdi.mscmalaysia.my/ .




Dokumen yang biasa diperlukan ketika penerangan program MSC :-
  1. Salinan I/C,
  2. 2 gambar passport,
  3. Salinan sijil Diploma atau pun Degree (Transkrip sementara)
  4. Salinan Resume
  5. Salinan asal dan fotokopi Sijil SPM
Sekadar berkongsi peluang dan manfaat kepada pengunjung setia blog Minda Insan. Saya baru-baru ni baru sahaja selesai dalam latihan untuk Business Process Outsourcing (BPO) dalam BTEC Level 3 Advanced Certificate in International Contact Centre Operations (UK). Semoga mendapat manfaat dan memberikan peluang kerjaya kepada anda. Insya-Allah, Amin.

Setakat peluang interview yang ada adalah daripada :-
- Air Asia
- AIA Insurance
- Zuellig Pharma Sdn Bhd
- Atos Origin
- Kontena Nasional Sdn Bhd

Kelas saya yang tamat pada 13 Januari 2012 (MDEC 11 - 22 Orang satu kelas) 90% (18 daripada 22 orang) telah mendapat pekerjaan sebelum tamat latihan di Scicom Academy. Selebihnya akan ditemuduga selepas tamat latihan.

Sekadar berkongsi, calon yang telah berjaya menghabiskan latihan 40 hari (bergantung kepada tempoh yang ditentukan) akan mendapat 2 sijil. Satu daripada MSC dan satu lagi daripada UK (akan dikongsikan apabila diperolehi kelak). Contoh sijil pertama daripada MSC yang diberikan kepada calon-calon kelas MDEC 11.

SIJIL daripada MSC Malaysia :



SIJIL EDEXCEL LEVEL 3 BTEC daripada UK 





Sila rujuk :
Laman web MSC
Scicom Academy 
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Beza Network Marketing (Rangkaian Perniagaan) dengan Money Game (Skim Cepat Kaya)

Assalamualaikum, sering kali kita diajak ke mana-mana perniagaan atau pun bisnes untuk mendapatkan wang. Namun, bagi mereka yang masih belum faham dan juga kurang pendedahan mengenai perbezaan beberapa jenis perniagaan atau pun bisnes di luar sana, sememangnya kita perlu sentiasa berhati-hati dan perlu meneliti setiap perkara agar kita tidak ditipu atau pun tidak diperdaya dengan mudahnya dengan jaminan kewangan yang berterusan yang tidak masuk akal.

Namun, bukannya tiada perniagaan yang benar-benar sah disisi undang-undang, tetapi dengan lambakan perniagaan yang kadang-kala tidak pernah kita temui sebelum ini mungkin menarik kita untuk menyertai, melabur atau pun menjalankan perniagaan tersebut. Semua perkara memerlukan usaha dan juga pengorbanan untuk mendapatkan hasilnya.

Nasihat saya, kita perlu sentiasa meneliti :-
  1. Prestasi syarikat,
  2. Sokongan yang diberikan kepada syarikat tersebut,
  3. Bagaimana sistem tersebut dijalankan,
  4. Apakah produk atau pun servis yang dijual dan diberikan,
  5. Apakah mempunyai kelulusan dan juga sah disisi undang-undang.
  6. Dan lain-lain perkara yang dapat meyakinkan anda menggunakan dan menyertai syarikat tersebut.
  7. Cuba juga lihat individu yang berada dalam organisasi syarikat sama ada mempunyai autoriti dan boleh dipercayai dengan membuat sedikit homework dan kajian.


Saya berpendapat begitu agar saudara dapat berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik dan startegi yang tersebunyi dalam menarik anda untuk melabur atau membayar sejumlah wang yang besar. Jika kita yakin dan pasti, silakan dan amat dialu-alukan tetapi dengan syarat bukan mengikut nafsu kerana dijanjikan keuntungan kewangan yang lebih dan berlipat kali ganda.

Apa pun, mari saya kongsikan apakah perbezaan Rangkaian Perniagaan Yang Sah (Legitamate Network Marketing) dan juga Skim Cepat Kaya (Money Game).

PERBEZAAN RANGKAIAN PERNIAGAAN SAH DAN SKIM CEPAT KAYA

DIFFERENT BETWEEN LEGIMATE NETWOK AND ILLEGAL MONEY GAME


Bagaimanapun, terpulang kepada anda, semuanya pilihan anda. Saya sekadar berkongsikan apa yang saya rasa ingin kongsikan bersama, mungkin ini akan memberikan sedikit idea dan informasi mengenai sesuatu jenis perniagaan yang anda mahu sertai dan jalankan.

CONTOH PERNIAGAAN NETWORK MARKETING (BUKAN MLM)


Apa pun, semoga berjaya dalam setiap perniagaan yang anda usahakan. Doakan bersama-sama kita maju dalam perniagaan yang kita jalankan walaupun berbeza industri dan jenis perniagaan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 32 (Wordless Wednesday) Lepas SPM


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Dengar Berita BBC Online Live?

Assalamualaikum, saudara sekalian, bagaimana mahu lihat channel berita luar negara secara online live? saya sekadar mahu berkongsikan linknya suapaya kita juga dapat mengetahui berita di luar negara. Mungkin juga kita tidak ada peluang untuk melihatnya secara langsung di rumah kerana ianya adalah siaran daripada luar negara.

Namun demikian, sesiapa yang melanggan ASTRO berpeluang melihat saluran daripada luar negara. tetapi tidak semua pelanggan ASTRO juga mampu untuk melanggan siaran berbayar ini. Tidak semua di antara kita mampu untuk membayar bil yang tinggi semata-mata untuk melihat siaran seperti berita BBC News. Apa pun, teknologi sekarang telah membantu kita untuk menyaksikannya secara langsung melalui internet secara percuma. Jadi, bagaimana? mudah sahaja, klik pada butang BBC WORLD NEWS LIVE di bawah.


Di atas, antara paparan yang diambil di dalam websites online secara live pada 9 Januari 2012 pukul 10:00 malam. Kadang-kala, berita daripada Malaysia juga mendapat liputan stesen televisyen luar negara.



Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jadi, jika ingin menyaksikan siaran BBC News, silalah klik pada butang di bawah.


Sebenarnya, ada juga stesen lain yang boleh dilihat secara online. Nanti saya kongsikan lagi. Insya-Allah, sekadar memberitahu apa kita boleh lihat di internet jika masa terluang.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Macam Mana Nak Tulis Jawi?

Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, tahu tulis jawi tak? Kalau orang melayu, sepatutnya reti tulis jawi. Kalau orang melayu tak reti tulis jawi, maknanya akan hilanglah tulisan jawi di dunia ini, melainkan ada bangsa lain yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium penyampaian mereka. Tidak hairanlah kalau dulu Bahasa Melayu pernah jadi Lingua Franca di dunia. Cuba baca, apa yang saya tulis di sebelah ni. [Bahasa Melayu Dalam jawi].

Orang Melayu beruntung kerana boleh menggunakan satu bahasa dalam dua tulisan, iaitu :-
  1. Tulisan Roman
  2. Tulisan Jawi
Namun, kedua-duanya sama dalam penggunaan bahasanya, iaitu Bahasa Melayu. Namun, saudara tahu atau tidak bagaimana mahu menulis tulisan ini? Mungkin ada yang sudah biasa dan lancar membaca tulisan jawi, tetapi ada juga yang tidak biasa atau tidak tahu atau tidak mahir membaca jawi. Pada saya agak rugilah jika tidak tahu menulis atau membaca tulisan jawi.


Jadi, jika anda masih inginkan menggunakan tulisan jawi sebagai medium penyampaian, saya ingin kongsikan di mana tempat untuk anda menukarkan tulisan roman kepada tulisan jawi ini di laman web yang disediakan oleh e-jawi bagi memudahkan anda menggunakan tulisan jawi sebagai penulisan.


Tetapi, jika anda mahu gunakan pada komputer atau pun laptop tanpa perlu akses internet, bolehlah cuba perisian ini dengan mendowloadnya di laman web Al.Azim.com.

Atau pun silalah download perkara berikut :-


PERISIAN TULISAN JAWI 
FontJawi.zip | Muat turun (download)
Jawi_Multikey.exe | Muat turun (download)
Panduan Mengguna Jawi Multikey | Muat turun (download)
Arabic font in MS-Word | Muat turun (download)

Untuk perisian menukarkan tulisan roman ke jawi atau pun jawi ke roman, silalah ke laman web berikut :-

Anda perlu tahu apa beza tulisan jawi dan tulisan arab. Tulisan jawi mempunyai tambahan beberapa huruf antaranya pa (ڤ), nga ( ڠ), cha (چ) gha (ݢ), va (ۏ) dan nya (ڽ). Dan tulisan jawi tidak perlukan baris untuk dibaca, tetapi tulisan arab perlukan baris jika kita tiada asas dan tidak mahir dalam bahasa arab kerana silap baca, maknanya lain.

Semoga anda semua dapat mengasah kemahiran jawi anda dengan aplikasi online dan offline yang telah tersedia kini. Bersama memartabatkan tulisan jawi dalam penggunaan bahasa kita sedikit-sedikit suapaya ianya dapat terus hidup sepanjang zaman insya-Allah. Amin.
"جک اندا بوليه باچ ايات اين. ، سيلاله کومين د باوه. تريما کاسيه"

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mencari HomeStay seluruh Malaysia?

Assalamualaikum, hari ini semua orang mahu kemudahan yang menyenangkan dan pantas. Jadi, ada kalanya kita mahu mencari semua benda di hujung jari. Ada tak sesiapa yang mahu mencari HomeStay di seluruh Malaysia untuk dijadikan tempat penginapan seketika semasa melancong atau pun bercuti? Jika ada, saya kongsikan satu laman web yang mana kita boleh membuat tempahan melalui online dan memilih tarikh percutian yang ingin kita menginap.

Anda bolehlah ke laman web HomeStayr.my untuk melihat homestay yang boleh disewa mengikut harga yang telah ditetapkan. Sebelum membuat tempahan, anda perlulah mendaftarkan diri agar mudah untuk dihubungi oleh pihak pengurusan.

Namun, jika anda juga adalah pengusaha Homestay dan mahu menyewakannya, anda juga bolehlah meletakkannya di laman web ini dengan mengisi borang yang disediakan. Anda perlu membuat akaun terlebih dahulu dengan mendaftar sebelum boleh melakukan pelbagai urusan.



Apa pun, jika anda mahukan homestay, rumah rehat di seluruh Malaysia dan menjadi antara yang menyediakan perkhidmatan tersebut, boleh mengoptimumkan pelanggan anda di sini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Insya-Allah. 

Sekadar berkongsi dengan anda dan Daftarkan di sini untuk membuat tempahan rumah rehat murah di Malaysia.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

File Pendrive Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, sebelum ini saya kongsikan macam mana nak dapatkan semula file dalam hard disk atau hard drive yang telah hilang sebab diserang Virus dan digantikan dengan fail shortcut (File telah dihiddenkan atau disembunyikan). Kali ini, saya saja nak kongsikan pula jika berlaku dalam pendrive macam mana pula kan. Tak ada cara lain ke? Mestilah caranya banyak. Tapi, saya kongsikan apa yang saya tahulah.

Baiklah, pernah dengar software "Scan Pendrive"? Ok, software ni ringan saja, boleh diletakkan ke dalam pendrive dan mudah digunakan. Bagaimana rupa aplikasi ini? Ia akan muncul seperti di bawah ini selepas kita klik pada software tersebut :-


Tetapi, bagaimana ianya berfungsi?
1. Selepas diaktifkan/dibuka aplikasi ini, sila klik pada Scan Pendrive.
2. Pilih pendrive atau pun removeable disk untuk discan dan dipulihkan akibat virus.
3. Apabila pendrive tersebut discan, fail-fail yang dihilangkan atau pun dihiddenkan akan kembali dan menjadi warna biru selepas dipulihkan.
4. Jadi, tak perlu risau jika warnanya telah bertukar menjadi biru kerana itu menunjukkan bahawa fail tersebut telah selamat daripada virus.


Jadi, jika anda mahu mencuba software ini, silalh downloadkannya di Scan Pendrive 3.3 secara percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Semoga bermanfaat kepada semua. Insya-Allah.

Sumber Software : Scan Pendrive 3.3
Berkaitan : Trick mendownload? Tak perlu akaun premier?
 



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 31 (Wordless Wednesday) Kitar Semula Jom

Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada lagi Shoutmix Percuma Untuk Blogger

Assalamualaikum, hari ini baru sedar. Tahun 2012 blogger-blogger yang menggunakan Soutmix untuk blog mereka kini tidak lagi boleh menggunakannya secara percuma apabila mereka telah menaik taraf Shoutmix mereka kepada versi ke 3. Kepada blogger, anda perlulah menaiktaraf Shoutmix mereka dengan membayar sekurang-kurangnya $0.99 sebulan. Sesiapa yang mahu menggunakannya, bolehlah teruskan dengan bayaran tersebut. 

Bukannya apa, terkejut tadi tengok shoutmix terpapar "ShoutMix free plan is currently unavailable". Jadi, saya pun beralihlah ke perkhidmatan shout percuma yang lain. Supaya mudahlah rakan-rakan blogger atau pun pengunjung-pengunjung blog Minda Insan dapat meninggalkan jejak di sini. Shoutmix di bawah daripada blog Minda Insan.


Boleh lihat surat terbuka untuk pengguna ShoutMix ini di Laman Web Shoutmix. Tetapi, untuk blogger yang mahu menggunakan secara percuma, macam saya, bolehlah beralih ke perkhidmatan percuma yang lain seperti Cbox dan lain-lain lagi. Yang bawah ni, Cbox yang lama dan digunakan semula, daripada tahun 2008 tak guna, sekarang guna balik.



Sekadar berkongsi idea sahaja di tahun baru dengan Chat box baru.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Doa Waktu Dhuha (Amalan Doa Murah Rezeki)

Assalamualaikum, salam tahun baru 2012. Sempena tahun baru ini, saya ingin kongsikan satu doa yang seelok-eloknya kita bacakan sebagai amalan seharian kita. Apa salahnya setiap hari kita berdoa untuk murah rezeki atau pun jika berkesempatan, selepas kita selesaikan menunaikan solat dhuha, lebih baik.

Kita mudah ingat apabila sesuatu lagu dimainkan berkali-kali dan sering menyanyikan semula. Apa kata kali ini, kita dengarkan pula doa-doa yang mana sering kita lupa dengan cara melagukannya seperti doa-doa, hadith-hadith dan juga ayat suci alquran mengikut bacaannya yang betul. Disamping dapat mengingati doa dan bacaan, kita dapat juga menjadikannya sebagai zikir dan mengingati Allah.

Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa lagu-lagu yang dilagukan itu adalah maksud ayat-ayat suci al-quran. Saya hari ini kongsikan doa waktu dhuha atau pun doa murah rezeki. Semoga kita mudah mengingatinya melalui cara yang sesuai dan tidak menyalahi sebutan dan maknanya. Insya-Allah. Bolehlah dikongsikan atau disebarkan ke dalam blog-blog, Facebook dan apa-apa medium yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------


 Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh.

------------------------------------------------------------------------------------------



Ini pula adalah doa dalam bentuk gambar yang saya telah convertkan suapaya mudah dicopykan dan dikongsikan.



Di bawah ini pula salah satu bagaimana doa ini dialunkan untuk memudahkan kita mengingatinya dan dibaca setiap hari.



Dan sedikit cara-cara menunaikan solat Dhuha jika saudara mempunyai kelapangan adalah seperti di bawah:-
  1. Bilangan Rakaat: 2 sehingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
  2. Waktu anggaran diantara 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
  3. Niatnya Solat dhuha adalah seperti di bawah.
  4. Baca ketika sujud terakhir bacaan di bawah sebanyak 3 kali.
  5. Selepas salam, barulah baca doa Dhuha.



Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang