HALAMAN UTAMA

Jom main Game di 'YouTube'. Ada 'Game'kah?

Assalamualaikum, sahabat-sahabat pembaca sekalian. Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu. Pernah melayari YouTube? Sudah tentu pernah. Jika tidak pernah, bolehlah cuba untuk ke halaman utama YouTube untuk mendapatkan pelbagai video yang telah dimuat naik di sana. Tetapi, kali ini, saya bukan ingin berkongsikan pasal apakah itu YouTube. Tetapi, apa yang mungkin kita tidak perasan apa yang ada di situ. 

Anda pernah menunggu lama untuk video di YouTube ‘Loading’? Jika tidak, bersyukurlah sebab internet anda laju. Jika tidak, saya ingin tanyakan pada anda. Tahu tak di YouTube ada ‘game’? Mungkin ada di antara anda sudah tahu. Tetapi, bagi yang tidak tahu, saya kata di YouTube ada ‘game’. Tetapi, ‘game’ ‘simple’ je la. Orang selalu kata ‘game’ snake atau ‘game’ ularlah.

Jika tidak percaya, saya tunjukkan seperti yang di bawah. Senang cerita, anda cubalah sendiri. Tahulah anda nanti.
YouTube di'pause'.
Masa Video di YouTube sedang 'loading...'.

Benda yang berpusing-pusing putih tu, kalau kita tekan 'arrow' pada keyboard, dia akan jadi ular.
Ular yang sedang mencari titik putih untuk jadikannya panjang.
Ular yang sudah panjang.
Ular semakin panjang, semakin sukar dikawal.
Ular sudah mati? boleh main lagi. Lihatlah bulat-bulat putih di tengah-tengah yang sedang berpusing-pusing tu, tekanlah 'arrow' lagi dan start main sambil menunggu 'loading...'..

Maknanya, sementara nak tunggu video anda ‘loading…’, bolehlah main ‘game’ ini. Ok, bagi yang selalu loading lambat, bolehlah cuba ye. Saya sekadar berkongsikan perkara-perkara yang ada tapi kita tidak perasan. Jadi, semoga dapat cuba ‘game’ di YouTube. Sekadar berkongsi.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

PC Lama Ditransform Baru. Canggihkah?

Assalamualaikum, Sedikit perkongsian mengenai PC yang aku gunakan setelah sekian lama menggunakan PC Acer yang dibeli pada Mac 2006, pada Oktober 2010, PC tersebut mula tidak berfungsi. Spesifikasi asal ACER E500 ini ialah :-

---------SEBELUM TRANSFORM PC--------

Aspire E500 Specifications
Part Number: AspireE500 Aspire E500

FeatureDescription
ProcessorIntel® Pentium® 4 processor, up to 3.8GHz, 533/800MHz system bus or
Intel® Celeron® processor up to 3.6GHz, 533/800MHz system bus
Cachedepending on the CPU
Memory512MB 400/533/667 DDR2 expandable up to 2GB
BIOSFlash BIOS 
Supported ProtocolsPCIX  1.0, PCI 2.2, APM 1.2, VESA/DPMS (VBE/PM V1.1), SMBIOS 2.3,E-IDE 1.1, ACPI 1.0b, ESCD 1.03, PnP 1.0a, Bootable CD-ROM 1.0,USB 1.1~USB 2.0, UHCI 1.0, ANSI ATA 3.0, ATAPI
System ChipsetATI RC410 + ULI M1573
I/O Controller HubITE 8712
Expansion Slots1 PCI-Express x16 VGA
1 PCI-Express x1
2 PCI v2.3 slots
AudioIntegrated Realtek ALC880 with AC97 codec supporting 16/20/24-bit PCM format for 7.1 Channel High Definition Audio codecs with UAA (Universal Audio Architecture).
Speakers Optional on selected models 
VideoATI Radeon XPRESS 200
HAUPPAUGE WINTV-PVR-150MCE TV Tuner Card
(selected models)
StorageDVDRW, DVD Dual Drive, DVD Supermulti (selected models)
Up to 250GB Hard Disk Drive SATA  (selected models)
9 in 1 Mediacard Reader (selected models)
ModemGVC F-1156I(+)/R12(EU) ATX
V92, 56K Fax/Modem  (selected models)
NetworkingIntegrated Marvell 8EE8001 GigaLAN (RJ-45 connector)
Ports1 PS2 Keyboard, 1 PS2 Mouse port, 1 UAJ (Universal Audio Jack) support (rear only), Audio line in, line out, 2 headphone out, and 2 Microphone in (1 front, 1 rear), 6 USB 2.0 ports (2 front, 4 rear), 1 Parallel, 1 Serial, 1 VGA, IEEE 1394 (1 type A connector front panel)
Environmental
    Temperature:
Operating: +5oC ~+35oC
Non-operating: -10oC ~ +60o
    Relative Humidity:
Operating: 15% - 80% RH Non-condensing
Non-Operating Storage: 10% - 90% RH, Non-condensing at 40° C
    Maximum Vibration:
Operating: 5 ~ 16.2Hz: 0.38mm (peak to peak) 16.2 ~ 250Hz; 0.2G
Non-Operating Storage: 5 ~ 27.1Hz: 0.6G  27.1 ~ 50Hz; 0.4mm (peak to peak) 50 ~ 500Hz: 2G
ChassisDesktop, 7.1" (180mm) W x 16.5" (420mm) D x 14.2" (360mm) H
Power SupplyIndustry Standard 300 Watt
Operating SystemWindows XP Media Center



  • Jumlah Pembelian PC ACER Aspire E500 : RM 1 990

------------------------------SEMASA PC DIGUNAKAN DALAM 4 TAHUN----------------------------
Selepas pembelian, dioffer untuk upgrade RAM daripada 256Mb kepada 512Mb. Kemudian PC Acer E500 ini digunakan sehinggalah berlaku beberapa pertukaran di dalam tempoh tersebut. Antaranya :-

Dalam tempoh Mac 2006 sehingga Oktober 2010 tersebut :-
1. Hard disk sata 80Gb tidak dapat berfungsi sekitar tahun 2007. Puncanya short dan digantikan dengan hard disk IDE 40Gb milik PC pertama dibeli tahun 2000.
2. Combo CD-ROM ditukar kepada SAMSUNG yang baru sekitar 2008. (RM 100)
3. RAM DDR2 1Gb ditambah sekitar 2008. (RM 36)
4. External Hard disk 250Gb dibeli pada 2008. (RM 340)
5. Power Supply ditukar selepas terbakar sekitar tahun 2009. (RM 90)
6. Hard disk mula tidak berfungsi pada Disember 2010.
7. RAM DDR2 1Gb dibeli tidak digunakan tahun awal 2010. (RM 85)
  • Jumlah anggaran bajet maintanance digunakan dalam tempoh 4 tahun: RM 651
------------------------------SELEPAS TRANSFORM PC----------------------------
Oleh itu, sekitar Disember 2010 sehingga Januari 2011 proses menukar 'nafas' baru PC bermula dan dapat berfungsi semula sepenuhnya pada 8 Februari 2011. Antara yang ditukarkan kepada yang baru :-

1. Motherboard kepada Motherboard  ATX Gygabyte
[GIGABYTE SOCKET AM3 M68MT-S2 MOTHERBOARD]

2. Processor kepada Processor AMD
[ AMD SOCKET AM3 ATHLON X2 255 3.1GHZ PROCESSOR]

3. RAM kepada RAM DDR3
[KINGSTON DDR3 1333 PC3-10600 DIMM 2GB]

4. Hard Disk kepada Hard Disk Western
[WESTERN DIGITAL 500GB HARD DRIVE 3.5" SATA 7200RPM]
-------------------Kempat-empat barang harganya RM560.00------------------------

5. DVD RW LITEON (RM 69.00)

Maka, antara penambahan yang perlu digunakan untuk pemasangan :-
1. Kabel power IDE kepada SATA. ( RM 10.00)

Jumlah bajet digunakan untuk berikan 'nafas' baru pada PC : RM 639.00

Kini, walaupun belum cukup sempurna, ianya masih boleh digunakan seperti normal dengan kadang-kala sukar untuk On dan Off PC kerana casing asal ACER mempunyai soket untuk button reset, power, dan lain-lain dalam satu soket .

Antara gambaran mengenai penukaran hardware PC Acer E500 :-

'Casing' Acer E500.

Motherboard baru ATX yang belum dipasang processor.

Processor AMD.

Motherboard yang telah dipasang processor.

Motherboard yang telah dipasang processor.

RAM DDR3 2Gb.

Motherboard yang telah dipasang dalam CPU.

Cabel 'casing' CPU dipasang pada motherboard tidak 'matching' kerana motherboard banyak pin.

Pin pada motherboard.

Lubang  pada cabel 'casing'.

Siap dipasang walaupun pin tidak 'matching'.

Jadi, Spesifikasi terkini PC sekarang :-


1. Motherboard  ATX Gygabyte - [GIGABYTE SOCKET AM3 M68MT-S2 MOTHERBOARD] (baru)

2. Processor AMD - [ AMD SOCKET AM3 ATHLON X2 255 3.1GHZ PROCESSOR] (baru)
3. RAM DDR3 - [KINGSTON DDR3 1333 PC3-10600 DIMM 2GB] (baru)

4. Hard Disk Western - [WESTERN DIGITAL 500GB HARD DRIVE 3.5" SATA 7200RPM](baru)

5. DVD RW LITEON (baru)
6. Casing ACER. (lama)
7. Power Supply LOGIC tech. (lama)
8. Monitor LCD DELL. (lama)
9. External Wireless Adapter D-LINK (lama)
10. Grafik Kad -Tiada.

Untuk prestasi sekarang, semuanya baik. Lebih laju daripada PC lama. Boleh bagi 8* daripada 10*. Cuma software kurang best. Sebab tak sempat nak godek-godek. LCD monitor sudah buat halnya, masalah nak hidupkan jika terpadam, ambil masa terlalu lama.

Jadi apa pandangan anda? Mahalkah? atau ada perkara-perkara lain yang diluar amggaran bajet?

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tutorial Membuat Tapisan dalam "Yahoo! Mail" untuk Facebook

Assalamualaikum, Sering saya lihat orang complaint email dari facebook menyemakkan email sehingga terpaksa membuka alamat email yang lain. Bagi saya, jika anda membuka email yang baru, ia akan merugikan anda dan juga menyusahkan orang lain. Lebih baik anda menguruskan email yang masuk ke Mail / inbox email anda dengan baik dan bersistematik. Jadi, hari ini saya nak kongsikan "Tutorial membuat tapisan dalam Yahoo! Mail untuk Facebook". Ikutkan 10 langkah mudah di bawah ini.:-

1. Tekan "Add" pada bahagian Folder .



2. Namakan Folder daripada "untitled" kepada "Facebook".





3.  Folder "Facebook" Anda tadi telah siap  seperti ini.




4. Untuk Membuat tapisan / Filter (Setkan untuk alihkan email daripada Facebook ke folder ini)
          - Sila klik "Options" dan klik pada "More Options..."


5. Kemudian, klik pada "Filters".


6. Klik pada "Add Filter"


7. Namakan bahagian-bahagian dalam "New Filter"


8.Tekan "Save Changes".




9. Kemudian, klik pada "Back to Mail". Selesai. Anda boleh menunggu email daripada Facebook ke folder anda.


10. Lihatlah di sini. Jika berjaya, akan jadi macam ini.





Semoga berjaya. Untuk Yahoo! Mail sahaja. Boleh juga dibuat untuk filter yang datang dari mana-mana laman web seperti Laman Sosial, dan Forum-forum. Lebih mudah untuk kita lihat email-email penting yang masuk ke email kita dengan cara ini. Insya-Allah. Diharap ianya membantu anda untuk mempunyai email yang tidak lagi berserabut dan lebih sistematik.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rentetan Telur Tiruan? Risiko mental.

Assalamualaikum, pembaca sekalian, rakyat Malaysia awal bulan April dikejutkan dengan pendedahan telur palsu di Pulau Pinang apabila terdapat laporan pengguna kepada Persatuan Pengguna. Namun, telur palsu ini bukanlah perkara baru. Mengikut kajian pembacaan saya dibeberapa laman sensawang, ianya telah wujud sejak tahun 2004 di China. Pendedahan pembuatan telur ini dibuat Berita Xinhua pada tahun 2004. Mula memasuki pasaram Korea pada 2007 dan ke Indonesia pada tahun 2008. Kini ia telah masuk ke pasaran Malaysia.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan, kita sebagai pengguna di Malaysia perlu sentiasa peka apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan yang telah berlaku di negara-negara jiran. Hal ini kerana besar kemungkinan kita juga akan menghadapi masalah yang sama. Saya juga perhatikan bahawa, kebanyakkannya adalah produk dari China. Jika dilihat, banyak produk China yang masuk ke pasaran Malaysia. Daripada sekecil-kecil produk sehinggalah sebesar-besar produk. Dari produk bukan makanan sehinggalah produk makanan.

Bukanlah kita tidak boleh menggunakan produk daripada negara China. Namun, perlu diingatkan juga bahawa kita perlu pastikan yang ianya telah mendapatkan kelulusan dan dijamin selamat oleh kementerian negara kita. Bukanlah kita hanya memilih barang tersebut kerana harganya yang murah, tetapi kualitinya itu yang penting. Cuba perhatikan semua produk China. Banyak yang tiruan, dan yang itulah kita perlu elakkan. Ini kerana produk tiruan ini kebiasaannya mempunyai kesan jangka masa panjang yang lebih bahaya.
Untuk kes telur palsu ini, saya ingin berkongsikan sedikit informasi yang saya perolehi daripada kajian pembacaan saya. Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada telur itu palsu atau tidak? Ini antara tips yang saya perolehi :-

1. Telur kebiasaannya akan sedikit kasar dan berbentuk benjolan dan sedikit kotoran yang bukan daripada tahi ayam.
2. Terdapat lekuk-lekuk yang bentuknya tidak sama pada telur.
3. Jika digoncang, tiada bunyi udara di dalamnya.
4. Cangkerang telur itu boleh dikupas tanpa merosakkan lapisan putih dalam telur.
5. Jika dipecahkan, putih dan kuning telur tiada bau.
6. Di salah satu bahagian telur yang dipecahkan tiada rongga udara. (pada cangkerang)
7. Kuning telur itu agak kenyal dan sukar untuk dipecahkan.
8. Jika direbus, kuning telur tidak berbentuk bulat tetapi seperti meleper.
9. Kuning telurnya akan berada berdekatan dengan kulit berbanding dengan telur asli yang biasanya berada di tengah-tengah telur.
10. Rasa putih telurnya akan kenyal tidak seperti putih telur biasa.

Itu antara ciri-ciri telur palsu yang boleh dikenal pasti yang dijual. Menurut satu kenyataan seorang Professor di China Hong Kong, telur palsu ini boleh menyebabkan penyakit dementia (sakit mental) yang serius dan mengganggu pemikiran manusia dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana di dalam telur tersebut mempunyai tawas yang mana jika diambil secara berterusan boleh memberikan kesan yang berbahaya kepada manusia. Bukan itu sahaja, malah ianya juga boleh memberikan kesan buruk kepada perut kita akibat daripada bahan kimia berbahaya yang digunakan.

Saya juga ingin berkongsikan cara pembuatannya seperti mana yang saya ketahui :-

Untuk membuat telur putih, beberapa jenis bahan, termasuk tawas, ianya dicampurkan - Kuning telur dibentuk pada acuan. Cecair 'ajaib' yang digunakan mengandungi kalsium khlorida juga digunakan - Cangkerang dibentuk dengan menuangkan parafin dan sejenis cairan pada telur lalu dibiarkan kering.

Harga telur palsu adalah 0,15 yuan (0,03 Dollar Singapura) sebiji - setengah harga dari telur asal.
Pengguna sangat sukar untuk membezakan telur sebenar dan telur palsu. Ini adalah berita baik untuk pengusaha telur palsu mengeluarkan tidak kurang daripada 150 dolar Singapura untuk mengikuti kursus tiga hari cara menghasilkan telur tiruan. Seorang wartawan dari Majalah East Week dari Hong Kong mengikuti salah satu kursus tersebut.
Untuk menciptakan telur putih, instruktor - seorang wanita berusia 20 tahun menggunakan sejenis ramuan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui jenisnya, asam benzoid, bahan pengentalan dan juga tawas yang biasa digunakan untuk pembuatan dalam industri.

Untuk menghasilkan kuning telur, bubuk berwarna kuning cerah dicampur ke dalam air dan diaduk. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam acuan plastik yang berbentuk bulat dan dicampur dengan ‘cecair ajaib,’ yang mengandungi kalsium khlorida. Ini akan membentuk selaput tipis di luar ‘kuning telur,’ di dalam telur.

Oleh itu, telur tersebut dibentuk dengan bentuk acuannya. Selain itu, kulit telur juga dapat dibentuk. Parafin dan sejenis cairan putih yang tidak ketahui jenisnya juga dituang ke dalam telur palsu itu, lalu dibiarkan kering.

Sedikit Prosedur dalam bahasa Inggeris menunjukkan cara pembuatannya.

Saya juga sertakan beberapa video yang berkaitan dengan isu telur palsu ini.Antaranya :-

Sedikit rencana mengenai telur palsu.

Menunjukkan bertapa kenyalnya telur kuning di dalamnya selepas merebusnya.

Antara gambar yang berkaitan :-


Ini adalah sumber rujukan yang saya perolehi ketika melakukan sedikit kajian di beberapa laman sensawang. Mungkin banyak lagi maklumat yang boleh diperolehi jika kita mahu mengkaji lebih mendalam lagi mengenai perkara ini. Jadi saya juga sertakan beberapa rujukan yang telah saya rujuk dan beberapa laman-laman yang berkaitan.

Lagi pembuktian yang saya perolehi :-












Kita sebagai pengguna, saya menasihatkan agar janganlah kita hanya mementingkan harga barang yang murah, tetapi, perlu juga kualitinya yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan. Adukan segera jika terdapat keraguan dalam produk yang kita gunakan agar kita tidak tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan yang melampau. Insya-Allah. Kongsikan bersama.
Artikel daripada pelbagai sumber, kredit kepada tuan punya gambar. Terima kasih.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rujukan :-
http://satria75.wordpress.com/2008/10/24/awas-telur-palsu/
http://us.metro.vivanews.com/news/read/5019-bpom_sita_40_ton_m_m_dan_snicker_s
http://sistershop.multiply.com/journal/item/13/Telur_Palsu_details..Lengkap_dengan_foto..hiiiii....seremmmm...HATI2
http://artikelkesehatan.onsugar.com/Ciri-Ciri-Telur-Palsu-14223609
http://arifzever.blogspot.com/2011/03/wow-cara-membuat-telur-palsu-made-in.html
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ratusan_Telur_Dipercayai_Palsu_Dirampas.html
http://www.ek-ele.co.cc/2011/04/foto-pembuatan-telur-palsu-dari-china.html
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ratusan_Telur_Dipercayai_Palsu_Dirampas.html
http://mfahmia2705.blogspot.com/2008/05/hoax-telur-palsu-tapi-tidak-heboh.html

Nuffnang