HALAMAN UTAMA

Main kompang, ada lagu tak?

Salam semua pembaca Minda Insan, kebetulan ada sedikit info, saya mahu berkongsi bersama. Sudah setahun join Paluan Warisan, ada la sikit-sikit belajar main kompang. Reti main melalu je la. Yang lain-lain, belum reti lagi. Tapi boleh belajar. Kalau dah main kompang, mestilah ada lagu, barulah best sikit nak main. Jadi, ada beberapa lagu yang tak pastilah sama ada liriknya memang dari dulu sama atau sudah ditukar ke versi Paluan Warisan. Ye la, lagu ini pun otai-otai Paluan Warisan yang ajarkan. Jadi, lirik tu, tahulah sikit-sikit. Jadi antara lirik lagunya :-
 


"Sila-sila"
Sila-sila pengantin baru,
Sila masuk janganlah malu,
Bunga rampai kami taburkan,
Doa kami, doa kami, doa kami,
Kekal selamat.

Tamat sudah hai remajamu,
Kini mendjadi pengantin baru,
Usah bimbang, usah diragu,
Cekal hati, cekal hati, cekal hati,
Tempoh hidup baru.



"Selamat Bersanding"
Selamat bersanding, Pengantin baru,
Di atas pelamin, duduk bersatu,
Suami isteri yang amat malu,
Semoga kekal ke anak cucu.

Cantik sungguh, muda bestari,
Kedua pengantin, suami isteri,
Duduk seperti raja sehari,
Sanak-saudara kanan dan kiri,

Selamat pengantin baru,Kami ucapkan, 
Dipanjangkan jodoh, Selamat berkekalan,
Dipanjangkan jodoh, Selamat berkekalan.



Tajuk lagu tu tak pasti betul atau tak. Main letak je. Lirik-lirik ini pun tak tahulah betul atau pun tidak. Tapi sekadar  untuk berkongsi info sahaja. Kalau ada sesiapa yang rasa lirik ini salah, silalah tegur-tegur ye. Bukan apa pun, cuma seronok dapat berkongsi lirik lagu ini. Tapi ada lagi lagu-lagu lain. Tapi tak ingat lagi. Lain kali, kalau ingat, saya akan kongsikan lagi. Sekian, Terima kasih. 
MINDA INSAN : Info ditambah, Minda bercambah.

Nuffnang