HALAMAN UTAMA

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 2)

Salam semua, seperti post saya yang terdahulu, saya telah memperkenalkan sebuah syarikat yang dapat memberikan perkhidmatan mengutip barangan kitar semula terus ke rumah anda khususnya di kawasan lembah Klang. Jadi, saya akan jelaskan kenapa ianya sangat membantu. Di bawah ini adalah Halaman akaun saya untuk Recycle&Reward. Dipaparkan jumlah barangan yang telah kita kitar semula mengikut jenis barang tersebut. Setiapnya mempunyai nilai GP yang tersendiri dan pecahan yang lebih spesifik mengikut jenisnya masing-masing. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya nanti.



Saudara sekalian, syarikat ini diketahui akan mengambil barangan di rumah kita. Sewaktu permulaan saya menjumpai perkhidmatan ini, saya sangat optimis untuk menghantar barangan yang boleh dikitar semula melalui perkhidmatannya. Jadi, apa yang perlu saya lakukan ialah mendaftarkan dahulu nama, alamat untuk kutipan dan nombor telefon.



Untuk melengkapkan pendaftaran, bayaran RM10 diperlukan untuk seumur hidup mendapatkan perkhidmatan ini. Yang istimewanya, hanya RM10 sahaja untuk bayaran perkhidmatan pengambilan barangan tersebut daripada rumah. Bukannya sekali kutipan atau pun setahun sekali bayaran itu dibuat. HANYA SEKALI SAHAJA RM10 SEUMUR HIDUP. Jadi, jangan dilepaskan peluang untuk mendaftar. Maka, saya pun mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas pendaftaran, anda sudah boleh untuk menghantar barangan kitar semula tersebut ke syarikat tersebut dengan menempah tarikh secara online atau pun menelefon talian yang tertera di akaun anda. Dengan menempah tarikh tersebut, syarikat akan membuat pengesahan sama ada tarikh tersebut boleh dibuat pengambilan barang ataupun tidak.

Syarikat tersebut akan mengambil barangan anda dengan membawa timbang untuk mengambil berat barangan mengikut jenis barang yang dihantar. Kemudiannya, anda akan mendapat salinan yang dituliskan berat barang yang telah anda hantar. Seperti salinan pertama pengambilan barang di rumah saya ini.



Untuk pengetahuan anda, barangan anda akan diberikan Green Point (GP) yang mana setiap 1 GP mewakili RM0.10. Jadi, setiap jenis barangan akan memberikan GP per Kg mengikut jenis yang telah ditetapkan di laman akaun anda. GP ini akan dikemaskini ke dalam akaun beberapa hari selepas pengambilan barang tersebut.

Anda juga perlu tahu bahawa setiap GP yang dikumpulkan akan membolehkan anda menukarkannya kepada barangan atau pun vaucer yang ditawarkan di laman tersebut apabila nilainya mencukupi. Jadi, walaupun GP yang diberikan tidaklah banyak seperti anda jualkannya kepada kedai dengan harga yang lebih tinggi, anda akan mendapat lebih daripada itu, iaitu mengitar semula keseluruhan sampah anda secara optimum dan mendapat GP yang tidak akan luput. Antara senarai barangan yang diterima dan nilai GPnya.



Jadi, silalah berdaftar di laman web tersebut. Dan jika anda inginkan bantuan, Saya boleh bantu anda untuk mendaftar. Saya akan cuba membantu sekadar yang boleh untuk memudahkan anda mendapatkan respon yang cepat. Saya bukanlah wakil syarikat, tetapi untuk membantu anda membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat secara lebih cepat kerana saya menyokong penuh usaha mengitar semula ini. Semoga lebih cepat anda menggunakan perkhidmatan ini.

Hubungi saya dengan email :- emailfarid88-green[at]yahoo.com atau tinggalkan komen.

Antara barangan dan nilai GP yang boleh diperolehi :-







Selain itu, saya ingin tunjukkan juga antara barangan yang boleh ditebus apabila nilai anda mencukupi ialaih seperti yang tertera pada gambar di bawah. 


Ini adalah contoh sahaja. Terdapat pelbagai barnagn lain yangboleh ditebus seperti barangan elektrik, barangan eletronik, permainan dan sebagainya. Difahamkan juga anda boleh menebus wang tunai juga.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah ke laman tersebut.


Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 1)

Salam semua pembaca Minda Insan. Dunia hari ini tidak sunyi dengan pelbagai usaha untuk memelihara bumi kita agar senantiasa berada di dalam keadaan yang hijau. Namun, kita sebagai individu mungkin tidak mengambil peduli selagi ianya tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri. Persoalan yang ingin saya bawakan ialah apakah yang boleh kita lakukan sebagai seorang manusia yang berguna di bumi ini.

Di dalam Islam juga telah lama ditekankan mengenai penjagaan alam sekitar. Tetapi sejauh mana kita mempraktikkannya? Baiklah, di sini dengan mudahnya saya ingn menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk menjaga alam sekitar serta sudah menjadi tanggungjawab sebenarnya membantu untuk proses mengurangkan sampah yang ada di rumah atau di mana sahaja kita berada dengan cara kitar semula.

Para pembaca sekalian, di sini bukan nilai wang yang ditekankan. Sebagai mana yang saya penah tuliskan pada post sebelum ini, mengenai sampah adalah wang. Itu sudah sememangnya betul kerana ianya sememangnya mempunyai nilai jika kita bijak mengambil peluang dan ianya adalah suatu nilai tambah yang terdapat padanya. Tetapi di sini, saya ingin menekankan bagaimana penjagaan alam sekitar dengan lebih optimum dapat dilaksanakan bermula dengan tempat kita tinggal.



Bukan sahaja hanya mengitar semula sebahagian sahaja barangan seperti :-
a) kertas, surat khabar, kotak
b) botol plastik
c) tin aluminium

tetapi kini keseluruhan sampah yang kita hasilkan. Dengan kata lain :-
a) plastik pembungkus makanan
b) kotak air (Tetra Pak)
c) semua jenis bateri (AA, AAA, D, C, bateri handphone)
d) botol kaca (dibersihkan)
e) tin-tin makanan
f) Selain daripada fabrik, organik, cecair dan kayu tidak boleh dihantar untuk kitar semula.

Jadi, bagi saya setakat ini untuk kawasan lembah Klang, tiada lagi penghalang untuk tidak boleh menghantar barangan kitar semula ke kilang. Kerana terdapat sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan mengambil SEMUA JENIS barangan kitar semula dari pintu rumah anda.

Mungkin anda sudah mempunyai tempat atau perkhidmatan membeli barangan kitar semula di rumah anda. Baik, di sini ingin saya tekankan kepada anda, bahawa syarikat yang saya perkenalkan ini adalah satu-satunya syarikat yang akan menerima dan mengambil semua barangan yang boleh dikitar semula tanpa menolak satu pun jenis barangan tersebut.

Kerana apa, seperti yang biasa kita ketahui, walaupun di tempat kita terdapat kedai yang membeli barangan tersebut, tetapi mereka tidak menerima kebanyakkan barang yang boleh dikitar semula seperti bag plastik, kaca atau botol kaca, barangan elektronik, katrij komputer dan sebagainya. Di sini, dapat dilihat bahawa kita sebenarnya telah terhalang untuk mengitar semula barangan tersebut walaupun ianya boleh dikitar semula.


Untuk pengetahuan para pembaca, saya bukanlah ingin mengatakan bahawa kedai-kedai yang sedia ada membeli sebahagian barang kitar semula tidak membantu. Tetapi ingin saya katakan lebih baik untuk kita memberikan sumbangan yang optimum kepada alam sekitar kita dengan mengurangkan sampah yang dibuang terus ke tapak pelupusan sampah. Mereka mungkin tidak menerimanya kerana tiada tempat untuk dihantar barangan tersebut. Kita di sekitar lembah Klang ada pilihan.

Contoh laman untuk masuk ke akaun ahli.

Jadi, jika anda betul-betul inginkan kawasan yang hijau di masa akan datang, berusahalah mencari jalan untuk membolehkan sampah anda dikitar semula. Bagi penduduk sekitar lembah Klang, anda boleh berdaftar dengan sebuah syarikat yang dinamakan Recycle and Reward.

Mengapakah saya cadangkan kepada anda? Saya sebenarnya sangat komited untuk menyokong usaha yang dijalankan oleh mana-mana pihak yang berminat untuk membantu dalam menjaga alam sekitar. Walaupun perkhidmatan ini masih lagi baru dan telah pun berjalan sekitar setahun yang lalu. Namun, pendekatannya adalah sangat baik untuk permulaan ketika ini. Saya akan jelaskan kepada anda bagaimana perkhidamatan ini memudahkan kita dan apa yang telah saya perolehi melalui perkhidmatan ini setakat ini pada post yang akan datang.

Contoh Borang Pendaftaran.

Saya sedia membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Mudah, mesra pengguna dan kitar semula menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.

Mencari pekerjaan? Daftar untuk mencari kerja.

Salam semua pembaca yang budiman, kali ini saya ingin berkongsikan satu laman web yang menawarkan atau membantu para graduan untuk mendapatkan kerja. Maklumlah, kini kita terpaksa bersaing untuk mendapatkan kerja yang kita mahu. Walaupun banyak peluang pekerjaan ditawarkan syarikat-syarikat untuk  para graduan yang telah mempunyaikelulusan di dalam pelbagai bidang, namun kadang-kala peluang itu amat sukar untuk kita perolehi mungkin kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Walaubagaimanapun, kita tidak sepatutnya berputus asa, Kebanyakkan graduan kita menganggur bukanlah kerana tidak mempunyai pekerjaan, namun peluang itu mungkin kita sukar perolehi mengikut kemahuan kita sendiri. Jadi kepada anda yang sedang mencari peluang, bolehlah mencubanya di sini.



Laman web JobsCentral


Sedang semak-semak email yang masuk ke dalam peti 'inbox', terdapat email yang menawarkan ruang bagi para graduan ipt untuk mendapatkan kerja. Ini adalah peluang yang perlu direbut anda yang sedang mencari pekerjaan. Bukan sahaja ruang telah tersedia, tetapi juga membukakan pilihan kepada kita.


Bukan itu sahaja, menurut sumber daripada laman web tersebut, anda juga berpeluang untuk mendapatkan RM300 jika bertuah apabila mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan melalui laman webnya. Di dalam laman ini, anda boleh memilih kerja berdasarkan kelulusan anda. Bukan itu sahaja, terdapat juga senarai-senarai syarikat-syarikat yang mungkin anda berminat dan bolehlah cuba untuk memohannya.
Antara senarai syarikat yang tersenarai di dalam JobsCentral.

Jadi, saya menyarankan laman ini untuk membantu anda untuk mendapatkan peluang yang mungkin berguna untuk anda. Banyak syarikat-syarikat yang tersenarai. Selain itu, kerja berdasarkan bidang juga disenaraikan. Jadi, carilah peluang di sini.


 

Anda juga boleh mencari kerja berdasarkan kepada kategori yang anda perlukan.

Saya doakan semoga anda semua berjaya mendapat pekerjaan yang anda inginkan dan bersesuaian dengan anda. Jadi, semoga info ini membantu sedikit sebanyak anda mendapatkan pekerjaan. Insya-Allah.

MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.

Nuffnang